sambungan-Hampir RM200 juta setahun untuk dadah 'halal' percuma?
(sambungan alasan bantahan program tukaran jarum suntikan dan methadone oleh Jawatankuasa perhubungan Pengasih Negeri Kelantan)
- Daripada mata kasar pemulihan penagihan dadah di pusat serenti dan penjara tidak berjaya. Ini bermakna sistem dan keadah pemulihan dadah yang dijalankan oleh pusat serenti tidak berkesan. Adalah lebih baik jika kos perlaksanaan program yang kini dipercayai hampir RM200juta setahun itu digunakan untuk melatih pegawai pusat serenti dan membuat kajian tentang kaedah yang lebih berkesan untuk memulihkan penagih dadah ini. Bukannya mengambil jalan pintas dengan memberi methadone untuk rawatan pemulihan dadah dan memberi jarum suntikan untuk mencegah jangkitan HIV. Kaedah rawatan pusat serenti perlu diperbaiki dan diperkemaskan lagi.
- Apakah dengan memberi jarum suntikan percuma dan dadah methadone dibuat kerana jika gagal sekalipun program ini, jumlah penagih akan tetap berkurangan dengan kurangnya jumlah penagih yang telah meninggal dunia? Janganlah hendaknya program ini disalahtafsirkan oleh orang ramai dan kaum melayu sebagai agenda penghapusan penagih secara halus.
- Amat menrisaukan apabila hasil daripada pengamatan dan pengalaman pihak Pengasih, hospital yang membekalkan dadah methadone kepada penagih dadah ini tidak mengurangkan dos methadone yang diberi kepada penagih. Jika diluar negara, sebagai contoh pada hari pertama seseorang itu mengambil methadone pertama kali dengan dos 30ml danbeberapa minggu kemudian dos dikurangkan kepada 20ml, 10ml, 5ml dan terus berhenti. Tetapi apa yang berlaku di Malaysia dos-dos ini terus bertambah! Keadaan ini menyebabkan seseorang ketagihan dan tahap ketahanan badan penagih juga semakin 'imune' dengan methadone yang akhirnya menjadi penagih kepada methadone.
- Program pertukaran ini tidak mempunyai Plan Pengurusan Risiko. Plan pengurusan risiko amat penting khasnya bagi program-program yang berisiko tinggi seperti ini tambahan pula dengan kos yang amat tinggi. Sebagai contoh, seorang bekas pengguna dadah telah berhenti selama 2 tahun dan menyertai program pertukaran ini, beliau akan kembali mengambil dadah dan ketagihan. Kakitangan program tidak memperdulikan nasib penagih yang terjebak semula ini seharusnya mereka ini dihantar semula kepusat rawatan. ini terjadi kerana program ini tidak mempunyai plan risiko.
Pada dasarnya, penagih juga manusia biasa dan mempunyai hak untuk hidup seperti manusia biasa dan harus diberi peluang untuk pulih sepenuhnya bukannya sekadar kononya dirawat tanpa bergantung dengan bahan-bahan lain tambahan pula sejenis dadah lain bernama methadone.
(petikan dan maklumat ini diambil daripada Pengasih, dan saya memberi komen-komen tambahan mengikut pengamatan dan pendapat peribadi)
di dalam pos seterusnya saya akan membincangkan kesan-kesan methadone secara perbandingan.
(petikan dan maklumat ini diambil daripada Pengasih, dan saya memberi komen-komen tambahan mengikut pengamatan dan pendapat peribadi)
di dalam pos seterusnya saya akan membincangkan kesan-kesan methadone secara perbandingan.
Comments
Post a Comment