Fakta-Fakta Menarik Tentang Dadah dan Methadone di Malaysia

Lanjutan daripada perbincangan 2 pos sebelum ini...

Di bawah adalah fakta-fakta yang menarik tentang penyalahgunaan dadah di Malaysia dan Methadone:

  • Terdapat perubahan dalam paten penyalahgunaan dadah di Malaysia yang ketara kebelakangan ini.
  • Terdapat 300, 000-00 jumlah penagih yang berdaftar tetapi jumlah sebenar mungkin menghampiri 1.2 juta orang.
  • 1 orang bagi setiap 25 orang Malaysia adalah penagih dadah bersamaan dengan 4% rakyat Malaysia, berbanding 1 nisbah 30000 atau 0.03% rakyat Amerika Syarikat!
  • 91% penagih mempunyai pendapatan tetap dan sebahagian mereka mempunyai pendapatan yang lumayan didalam industri hiburan dan pemakanan.
  • Remaja di antara 13 hingga 15 tahun mula mencuba dadah kali pertama.
  • 71% penagih adalah berumur di antara 19-39 tahun.
  • Penagih tegar membelanjakan RM100-00 sehari, purata yang lain membelanjakan RM30-00 sehari dan jumlah perbelanjaan mereka bersamaan dengan RM1 bilion setahun!!
  • 40% daripada penagih adalah peragut, pencuri dan penjenayah kecil-kecilan.
  • Heroin dan amphetamine adalah paling popular.
(sumber maklumat daripada Lee Lam Thye, Malaysian Crime Prevention Foundation: 2/10/2007)

Kajian Methadone di Scottish 2006 pula seperti berikut:

  • 20, 000-00 penagih menerima 1/2 juta methadone pada harga 12 juta pound.
  • 695 penagih yang menggunakan methadone semenjak 2001 menunjukkan 97% kegagalan.
  • 30% tahap kejayaan selepas 3 tahun menerima perkhidmatan 'Residential Rehabilitation' (berbanding rawatan methadone)
  • Kaedah rawatan methadone boleh dianggap sebagai kejayaan yang sangat tipis, lebih baik daripada tidak membuat apa-apa
(sumber maklumat daripada Neil McKeganey, Glassgow Centre for Drug Research 2006)

Kajian di Amerika Syarikat pula seperti berikut:

  • 1200 kemudahan pusat rawatan dengan 200, 000-00 pesakit menggunakan methadone
  • 10, 000-00 orang terpaksa dirawat dibilik kecemasan selepas penyalahgunaan methadone pada tahun 2001
(sumber: Drug Abuse Treatment Outcome Studies, DATOS 2007)

Penyalahgunaan Methadone:-

  • sebahagian penaguh heroin mengaku bahawa mereka lebih suka menggunakan methadone untuk ketagihan
  • banyak bekas penagih heroin mengakui bahawa ketagihan heroin lebih mudah dirawat/dihentikan daripada untuk keluar daripada methadone
(sumber: International Journa of Pharmacology, 2005)

Perangkap:-

  • banyak penagih mengakui bahwa ketagihan methadone lebih teruk daripada heroin, jika terlepas sehari mengambil methadone penagih akan terus sakit berbanding heroin.
Kesimpulan Methadone:-

  • satu kejahatan digantikan dengan yang lain.
  • tempoh ketagihan dan penggantungan kepada dadah yang dipanjangkan melalui rawatan methadone.
  • Kehayalan boleh menjadi sama dengan heroin.

Fakta-fakta yang menarik bukan? Persoalannya mengapa kerajaan masih membelanjakan wang rakyat ratusan juta setahun?


Menarik: saya mendapat maklumat bahawa syarikat pembekal methadone di Malaysia ialah Duopharma Sdn Bhd, boleh pembaca menolong saya memberi maklumat lanjut tentang syarikat ini dan pemegang-pemegang sahamnya?

Comments

  1. Saudara,
    Kerajaan terpaksa membelanjakan jutaan ringgit utk methadone krn budget kesihatan adalah 1 billion.
    Dgn jumlah terhad kjaan terpaksa mengagihkan utk penyakit lain lebih umum cth kardio & diabetes.
    Methadone lebih murah kerana ia generik. Ada ubat lain yg lebih baik dari methadone ttp masih dalam paten maksudnya ia sangat mahal.
    Kalau ubat generik 1 biji RM2 katakan, ubat paten mungkin 1 biji RM6.
    Methadone is syntetic drug ttp kurang power berbanding heroin.
    Withdrawl sindrom dapat ditangani tetapi kesannya pd individu berbeza.
    methadone diambil atas prekripsi doc, maksudnya liquid di dpn doc. ada yg ambil dgn injection tapi dia benar2 stabil utk ambil di luar klinik.
    kjaan sudah buat yg terbaik dgn kos terhad dan bergantung pada penagih utk buat mcm mana pd diri.
    laporan di scotland tdk boleh diambil kira dimsia krn di ada peraturan siapa yg boleh ambil luar hospital dan sebaliknya,
    jika dia misuse methadone maknanya dia khianati trust doc.
    Saya bukanlah wakil kerajaan, saya hanya mrk yg tahu ttg sistem methadone di msia.
    ttg syarikat pembekal maaflah tak tahu, tapi apakah semua yg berlaku dlam kjaan itu 'salah' dan mesti dikaitkan dgn 'kroni'?

    DOKTOR DINA

    ReplyDelete
  2. bro,

    i think to see the effectiveness of methadone you have to ask those who work with it and those who are taking it.

    methadone in essence is a platform to REDUCE THE SPREAD OF HIV by reducing the use of heroin; as injections is one of the highest method of spread. the main goal here is to reduce the cost of HIV TREATMENT and secondly to treat the HEROIN ADDICTIONS. government spend Millions of RInggit per year just to treat HIV, where as methadone alone only cost a fraction of that.

    how many malaysian patients have you interviewed for your article?

    and how many MOH staff related to this issue have you interviewed?

    In many studies, which i can email you; methadone can increase the quality of life of heroin addicts thus constitute to the productivity of the country plus reduce crime rate that has been stated in a british study.

    in the USA, methadone has been prescribe for PAIN MANAGEMENT, not heroin addiction alone.

    heroin addicts have a vicious cycle, its not as easy to quit as smoking. for those who have not the luxury of money, they resort to stealing and crime to buy drugs because THEY CANNOT STAND THE PAIN FROM THE WITHDRAWAL. not that they want to steal, but the pain is unbearable.

    you do not get HIGH from consuming methadone. those who does, are those who are taking methadone with sleeping pills etc.

    methadone is once daily dose if given with the right dosage, therefore patients are withdrawal free for the whole day. as compare to heroin which only last about 3-4 hours.

    your conclusion is misconstrued.

    what can you do to help drug addiction?

    email me for more info
    adam mohd alias - adammo@streamyx.com
    methadone pharmacist.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hari nie di Kosmo ade artikel ttg penggunaan metadone di kalangan Penagih Dadah...dlm artikel tersebut menyatakan penggunaan metadone adalah utk mengurangkan ketagihan dadah & seterusnya dapat membantu bekas penagih dadah pulang ke jalan yg lurus. so MR Kamarul, i think better u find out more information about metadone before u post in to ur blog..

      Delete
    2. saya setuju dengan cadangan awak dan memang betul .

      Delete
  3. hai.. dulu abg sy mengambil heroin dan sekarang dia telah sedar kesilapan nye dan ingin berubah.. adakah methadone ini dpt membantu mengurangkan ketagihannye dan terus berhenti daripada mengambil heroin..
    katanya bila tidak ambil heroin bdn dia akan rasa sakit2. tlg la bantu die kerana dia ingin berubah dan tidak lagi mahu jadi penagih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya dulu adalh seorg penagih. dan skrg saya telah menjalani minum methadone sudah lebih 4tahun. minum methadone di klinik kesihatan adalah percuma. sukatan saya minum 55mg. diklinik swasta kos tdk kurang RM50. lps minum methadone badan akan rasa lebih sihat dan pemikiran xde lah asyik pikir nak ejas.

      Delete
  4. MAHANI BINTI OTHMANMay 21, 2010 at 12:24 PM

    APAKAH KESAN SAMPINGAN METHADONE INI? ADAKAH MENGURANGKAN SELERA MAKAN? BERAPA PULA HARGANYA?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau nak tahu kurang selera makan atau tak...tengok pada saya 5 tahun dahulu dengan sekarang.berat badan saya meningkat sampai 85 kg sebelumnya 53kg.apa yang saya katakan saya tidak bersetuju dengan artikel di atas semata mata ingin menuduh program rawatan methadone ni satu kerugian pada kerajaan.terpaksa keluarkan belanja besar untuk penagih penagih yang ingin untuk mengubah diri mereka..Ini adalah modal insan yang terbaik dari kerajaan kerana dapat membantu penagih yang betul betul ingin berhenti..saya adalah salah seorang penagih tegar yang betul ingin mengubah hidup menjadi yang terbaik.sebelum adanya program ini saya dah mencuba pelbagai cara untuk berhenti..orang kata pokok pangkal hati kita..semua orang pandai jer bercakap tapi cuba diorang lalui sendiri baru tau langit tinggi ker rendah..so kalau tak pernah lalui tak payahlah nak cakap macam pro bagai..program ini saya rasakan satu rahmat kerana selama saya mengikuti program saya dapat mengubah hidup saya.Ini bukan saya nak riak dengan apa yang saya kecapi.tapi sekadar berkongsi..saya sekarang dah mempunyai sebuah restoran ikan bakar di Alai Melaka.mempunyai sebuah Rumah semi D berharga 220k.kereta dan motor..jangan ingat semua penagih boleh kita pandang hina..nasib mereka bergantung pada mereka sendiri.selebihnya datang dari Allah.jadi kita tak perlu menyalahkan mereka kerana dosa dosa dulu.saya sampai sekarang masih mengikuti program ini mengikut jadual.jadi artikel di atas adalah semata mata ingin membiarkan nasib seorang penagih ni tidak perlu di ambil berat.kerajaan keluarkan berjuta juta semata mata ingin menolong.so kenapa mesti nak pertikaikan.saya rasa program ini berjaya mengurangkan kadar penagihan dan risiko penyakit HIV.So mungkin tak kena pada diri anda mungkin suatu hari nanti terkena pada anak buah anda atau saudara dekat atau jauh mungkin anda akan sedar baik buruk program ini.so jangan pandang penagih ini orang yang tak berguna pada masyarakat.

      Delete
  5. Hi just a quick question - would a patient on Methadone Replacement Programme from overseas who carries in his possession his daily dose be persecuted in Malaysia while visiting Malaysia? Is he required to declare or provide any written documents by his prescriber at the Custom in airport?

    ReplyDelete
  6. how methadone be effective to that patient when they do not under inspections their pharmacist?..it could be possible these patient will taken a heroin etc, even after they do the treatment..?.

    ReplyDelete
  7. mahani: methadone diberi secara percuma oleh kkm diklinik2 terpilih seluruh malaysia, keutamaan adalah kepada penagih heroin yang menggunakan suntikan sebagai cara penagihan....

    ReplyDelete
  8. can anyone tell me if its legal to take prescribed methadone into malaysia?

    ReplyDelete
  9. METHADONE V/S HEROIN suatu yang mustahil utk melihat diri dlm keadaan sempurna spt. manusia lain. ketagih heroin bermakna kaki separuh sudah berada d lokap. Kesudahn tentu ke Pusat Serenti atau penjara.Ktagih metadon seperti juga dgn mrk yg mngalami pnyakit kencing mnis, darah tinggi setiap bln mmerlukn ubat utk meringkankn thp ksakitn. Penagih juga adalah pesakit, apa lagi yang dapat mrk atasi drp mndapatkn metadon sbg altelnatif. Mrk tidak perlu takut utk kemana saja, kehidupan spt mana masyarakat normal yg lain. Yang pasti mrk ada niat utk berubah.

    ReplyDelete
  10. do not think the crime rate decrease with methadone treatment...patients on it still steals, cheats and so on..police reports that crime rates increases annually...
    you need to treat so many of them for 1 person success..cost effective?? nope.

    ReplyDelete
  11. betul ke metadon sama ngan heroin

    ReplyDelete
  12. klu nk brenti heroin tak payahlah ambil metadon..kesan sampingan metadon lebih teruk drpd heroin..siapa yg kerap menggunakan metadon, dos akan meningkat setiap masa..contohnya klu hari ni ambil 10mg metadon, esok lusa mgkin 15mg atau lebih dan seterusnya meningkat pd setiap masa..ketagihan metadon juga lebih teruk berbanding heroin kerana heroin lebih mudah disingkirkan dari sistem badan manusia. menurut kajian sekiranya seorang itu menggunakan metadon sebanyak 100mg selama setahun ini bermakna untuk menyingkirkan metadon dr sistem badan perlu mengambil masa selam 18 hingga 24 bulan..atau lebih mudah nak paham, sekiranya metadon diambil selama seminggu berterusan, untuk menghilangkan ketagihan metadon perlu ambil masa selama 2 minggu..saya adalah penagih heroin dan sy pernah meggunakan metadon dan melalui pngalaman sy metadon lebih teruk drpd heroin..biasanya untuk sy pulih sepenuhnya drpd ketagihan heroin ambil masa paling lama 2 minggu.tapi selpas mggunakan metadon sy mngalami ketagihan metadon selama 2 bln.kesan ketagihan juga teruk seperti masalah tidur, muntah2, cirt birit, hilang selera makan, badan lesu dan macam2 lagi..nasihat sy kat sini klu siapa nak stop heroin sy tak galakan ambil metadon..ape yang penting pangkal hati kita dan niat ikhlas..salam

    ReplyDelete
  13. Bro, Sudahkan anda merasai sndiri apa yg dirasai oleh penagih itu sndiri. Sekian lama mereka tercari2 jalan utk. melepaskn cengkaman dari ketagihanan dadah. Sanggup melakukan jenayah tanpa kerelaan diri akhir menyesal sehingga tidak tertanggung rasanya. Selain dari keazaman dan doa adakah anda rasa cukup bagi penagih itu membuang tabiat mereka dari najis dadah utk selama2nya? Biarlah apa orang nak kata apa yang aku tahu, dgn metadon hidup aku sudah jauh berubah.Mungkin kalau sehari aku melakukan jenayah mgkin besar jumlah habuan wang ringgit yang aku perolehi untuk membeli dadah. Setelah adanya metadon, aku tidak perlu lagi mencuri, malah aku mampu bekerja, mencari nafkah dan rezeki untuk menampung keperluan aku seharian. Kehidupan aku kembali normal, malah aku semakin rapat dengan keluarga, apa yang penting aku sungguh bahagia sekarang.Jika anda merasa dengan pandangan negatif anda itu dapat membantu kami apakah sumbangan yang anda rasa baik dan berbaloi untuk orang seperti kami ini dapat berubah?

    ReplyDelete
  14. salam....betul ker mathedone ni bleh mengurangkan penagihan dadah.abg saya baru jer terjebak dengan heroin sbb nak cuba2.dia nak berenti n dia ambil mathedone.itu pon kesannya lebih kurang seminggu baru bleh sembuh.hrganya pon dalam rm30++...saya agak risau dengan keadaan dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam... abg cik jika nak methadone pergi keklinik kesihatan kerajaan. percuma. saya minum methadone 1 hari 55mg. jika dklinik swasta kos x kurang RM50. tapi dklinik kerajaan percuma. dan badan sihat seperti x pernah terlibat ngn dadah.

      Delete
  15. METHADONE ADALAH ABANG KEPADA HEROIN.SY TELAH TERJEBAK AMBIK METHADONE UTK TINGALKAN UBAT BATUK TAPI KESAN BILA TAK AMBIK METHADONE SGT DASYHAT.SY BARU FHM KENAPA PENAGIH HEROIN BERKATA YG GIAN METHADONE PALING TERUK YG DIALAMI.SY SENDIRI JADI MANGSA KETAGIH METHADONE DAN SAMPAI SKRG SY MENCARI JLN KELUAR WALAU BERMACAM CARA SY CUBA SY TELAH TERJEBAK DAN SY TAK PASTI MCM MANA SY NAK KLR DARI KETAGIHAN YG SGT DASYAT INI .JAUHILAH METHADONE JIKA MAHU HIDUP

    ReplyDelete
  16. salam, methadone diberikan secara percuma di klinik kesihatan kerajaan. Anda cuma perlu pergi berdaftar di klinik kerajaan yang memberikan khidmat methadone. Di sini, anda akan dibantu untuk keluar dari ketagihan heroin. Mungkin lambat, mungkin cepat, semuanya bergantung kepada keazaman dan kekuatan diri anda sendiri. Sekurang-kurangnya dengan pengambilan methadone di klinik kerajaan, anda tidak perlu mencuri untuk mendapatkan wang membeli dadah dan dapat mengelakkan risiko penyebaran penyakit HIV & AIDS kerana methadone tidak perlu disuntik tetapi diminum.

    Pegawai Farmasi KKM

    ReplyDelete
  17. SAMPAI BILA KITA2 NI KENA BERGQANTUNG PADA SESUATU UNTUK JADI'SELESA'.METHADONE MEMANG DADAH CUMA LEGAL TAK KENA TANGKAP.TU JE.PROBLEMNYA DOKTOR SWASTA TAK PERNAH MONITOR PENGUNAAN.BOLEH BAWAK BALIK STOK UTK 3 HARI YG MANA SEPATUTNYA MINUM DPAN DOKTOR.DOKTOR TAK NASIHAT UTK KURANGKAN.ADA YANG SAMPAI 5-6-7 TAHUN MINUM METHADONE NI.KALAU DI KURANGKAN ATAU BERENTI HABIS LE BUSINESS DOKTOR.INI YANG TERJADI.ATAS PERASAAN SAMPAI BILA KENA 'BERGANTUNG' NI SAYA REDUCE PENGUNAAN DAN BERJAYA HIDUP TANPA 'BERGANTUNG' PADA APA2.WALAU DIA DOKTOR KE.PHARMACIST KE MREKA TAK BOLEH TAU SEBAB MREKA TAK RASA.

    ReplyDelete
  18. Buat masa skrg,hanya Methadone dadah yg dpt digunakan dgn sah disisi undang2,klau nk diikutkn ckp masyarakat,tiada apa yg x betul,smua salah.

    ReplyDelete
  19. sy cume nak btanye,methadone dgn ice adakah dadah jns yg same?mcamane nak ilangkan ktagihan ice?dan yg plg pnting,teruk ke pnagihan ice ni?trima ksih.

    ReplyDelete
  20. abg saya penagih jenih jenis heroin, jenis hidu dan x pernah guna jarum. Saya bawa dia uuntuk berubat, jenis metadon dia x boleh ambik sebab dia x boleh makan, so kena ambil subozone.Dia mmg mempunyai keazaman utk berenti. Tapi sakit yg dialami sewaktu menahan dgn subozone sgt teruk, muntah,hilang selera makan, cirit birit dan sbgnya. Akhirnya dia balik pada heroin, wlpun dia sedar dan ingin berubah. Mcm mana cr utk mengatasi masalah ini?Saya sedaya upaya dah mberi sokongan moral seperti nasihat dan mengeluarkan wang utk membeli ubat tersebut, tp x berkesan sehingga kesannya dia mengambil dos heroin yg terlalu byk. sy harap dapat bantuan kerana saya dah buntu utk memulihkannya.

    ReplyDelete
  21. Kamarul Irzuan lawyer kan, berapa banyak penagih di pusat pemulihan dan di penjara? Kerana undang-undang menyatakannya ia salah.Cuba padamkan undang-undang dadah tu..selesai lah masalah, tapi nanti syarikat farmaseutikal dan lawyer ni nak cari rezeki susah pulak, jenayah kurang.

    Rawatan terapi gantian- Methadone
    adalah satu cara terbaik untuk mengelakkan dari penjara/HIV-Aids dan berurusan dengan lawyer-lwayer fakta yang tidak tahu apa itu dadah

    Di Amerika pun mereka menggangap telah tewas dalam "War on Drugs"

    Sesungguhnya rawatan yang terbaik bagi penagih adalah dirinya sendiri, tekad dan azam, jauhi rakan-rakan yang terbabit. dapatkan juga rawatan fizikal dan mental dari pakar psikiatri. Kembalilah ke jalan yang diredhai Allah

    ReplyDelete
  22. jika niat betul dan iklas,methadon tu sebagai satu perjalanan dalam mencari semula nilai-2 positif dalam diri,agar dapat berfikir dengan lebih jelas dan bertangungjawab,risiko tetap ada berhati-2 dan jaga-2lah,kita yg tahu apa yg terbaik untuk diri kita sendiri org hanya melihat yg merasa kita jadi fikir-2lah,dalam kata-2 ambil yg baik dan betul yg salah biarkan.

    ReplyDelete
  23. salam , sy baru bertunang dan baru dapat tahu tunang sy dah mengambil dadah selama 11 tahun dan sekarang dia ingin berhenti lalu saya cadangkan daftar klinik minum mathedon tp sekarang saya lihat dia minum mathedon dan adakala mengambil dadah juga sesekali..apa kesanya???dan sekarang dia minum mathedon dos 45mg sy tgk dia semakin kurus , cengkung, bila tak ambil dia muntah setengah hari jer dah tak tahan dia jadi kelam kabut.adakah dos mathedon akan di kurangkan jika semakin lama seseorg itu mengambilnya contohnya jika seorg penagih telah daftar dan minum selama 4 tahun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kawin je ngan org lain. jgn musnahkan masa depan anda dgn bersama org begitu

      Delete
    2. Betul tu sye sokong...kawin dgn org lain je..lau ambik mathedon...knp masih nk ambik dadah lain...tu maknanye die mmg xnak berubah...kalau betul nk berubah...die bole anggap methedon sebagai ubt tahan sakit die...dan xperlu dadah lain...jgn hancurkan diri anda...

      Delete
  24. setuju dengan kenyataan adam..minta penulis fahami dahulu ape sebenarnya methadone dan bagaimana ia bertindak..tanyalah sendiri kepada para penagih yang sedang dalam program gantian methadone, adkah semakin banyak duit mereka dihabiskan,atau kualiti hidup mereka semakin baik? jangan pandang kepada siapa yang memperkenalkan dasar,sebaliknya pandanglah kepada apa sebenarnya yang dilaksanakan..

    ReplyDelete
  25. salam..pendapat sy pggunaan methad0ne ni bagus @ x bagus adalah atas nilaian individu itu sndiri.Kalau tuan punya badan ada niat nak berhenti her0in..insyallah dpt je.Lau tuan punya bdn guna methad0ne utk mgantikan her0in..dlm khidupan seharian.Maka bterusan lah smpai bila2...(sy mggunakan methad0ne untuk BERHENTI HER0IN,ALHAMDULILLAH BERJAYA

    ReplyDelete
  26. Methadone di klinik swasta ada yang 60ml/50mg harga rm 30.00 dan 30ml/50mg harga rm 20.00 bergantung dimana terletak klinik tersebut. Kat bandar bandar kecil mungkin mahal sikit. Dos yang perlu diambil 50mg/24jam. Minum sebelah pagi kemudian pergi kerja, buat aktiviti harian pagi esok (24jam) ambil semula. Pada peringkat awal mungkin kena ambil every 24jam. Lepas 1 minggu cuba panjangkan mungkin selepas 26j am, 28jam lama lama 30jam tapi jangan sampai rasa ketagihan takut kalau tak ada stok akan cari heroin. Lama kelamaan mungkin 50mg/48jam dan tak mustahil bolih berhgenti terus.
    Bagi yg ada pendapatan tetap bolih beli di klinik tapi kalau sehari rm20/rm30 berat juga kalau gaji kecil!!! Di kampung ada yg minum air ketom ( daun biak) sebab murah rm 2 sekali minum, sehari sekurang-kurangnya 3 kali (rm 5) tapi risiko bolih kena tangkap.

    Renungan: Methadone(rm30) dan air ketom(rm5) bolih ketagih. Methadone legal tapi wang kita mengalir ke negara asing berjuta-juta. Air ketom illegal tapi murah, minta rm2.00 ngan mak ayah atau siapa saje bolih dapat. Kalau minta rm30.00 nak beli methadone keluarga tak percaya apalagi orang luar syak nak beli dadah. Jadi Lu Fikir Lah Sendiri!!!!!

    ReplyDelete
  27. salam..,,sy nk mntk pendapat korg,..suami sy mengalami ketagihan heroin dh hampir 3thn,..dan sekarang dia ingin berhenti,.dia ada mengambil methadone,tetapi kesannya sgt teruk,.sakit-sakit badan,muntah dan cirit sehingga xdapat pergi kerja..ada cara lain x untuk kurangkan ketagihan heroin selain dari pengambilan methadone??

    ReplyDelete
  28. Bila terjumpa ruangan ini ingin ku kongsi bersama tentang Methadon.
    Jika anda ketagihan dadah jangan'lah mengambil istilah Methadon sebagai PENAWAR sebaliknya mencari jalan yang lebih teruk. Saya akui Methadon memang sukar dibuang malah ketagihannya lebih teruk daripada Heroin.
    Skg Aku sendiri ketagihan Methadon, sudah 3 hari tak minum Methadon, badan terasa panas dalam yang tak tertanggung, diri sendiri tidak mampu membuat kerja, hilang selera makan, malah lebih teruk FIKIRAN jadi bodoh.
    Methadon sgt bahaya, Doktor sendiri yang akui jika Dos Methadon kamu tinggi kamu boleh mati jika berhenti Methadon.
    Dulu pernah ku berjaya membuang ketagihan Methadon, dalam masa 2minggu itulah saat sengsara kamu kerana badan terasa panas dalam, nak baring je yakni hanya hendak tidur, jadi pemalas dan yang lebih teruk Memory Otak jadi hilang perasaan dalam hati juga hilang.
    Methadon adalah dibawah kawalan kerajaan, Klinik2 di bandar besar perolehi pendapatan lumayan. Kerajaan cam nak hancurkan anak bangsanya pula sekarang. Ini dah bukan menolong tetapi membunuh rakyat sendiri tanpa disedari rakyat. Kerajaan jg sangka penagih semua tu org jahat sebaliknya cam diri ku sendiri tak pernah wat jenayah apalagi mencuri. Mempunyai kerja dan pendapatan.
    Benar ku kata krn ku alami sendiri, jadi jalan sebenar utk hilangkan ketagihan SOLATlah Kamu banyakkan amalan membaca Al-Quran kerana inilah jalan yg sebenar membuang ketagihan Dadah.

    ReplyDelete
  29. tak ada beza, methadone dan heroin , sama2 akan mati juga penagih nya... tetapi heroin lebih ramai yang suka menyuntiknya, dimana penyebaran dan penularan HIV lebih mudah direbakkan, ini kerana kos rawatan untuk HIV lebih mahal dari methadone itu sendiri, rakyat malaysia ni kebanyakan macam ni lah, dah sakit teruk balik kampung (konon2 nak berubat kampung, padahal HIV/AIDS dah) pastu bila dah parok sangat baru nak anto ke klinik, pastu macam2 mintak masuk air la, anto ke hospital la...
    bila anto hospital n then mati, mula la kata hospital rawat lambat la, layan tanpa perikemanusiaan la....
    tujuan beri methadhon agar tak main jarum suntikan...konon2 berfakta sangat , cube tengok pencapaian penurunan kes HIV kat malaysia... kalo masing2 ada HIV n dapatkan rawatan kat hospital kerajaan,sama je cik lawyer... pakai duit rakyat jugak.....ingat rawatan HIV macam cabut gigi ke???

    ReplyDelete
  30. askm rakan2 skalian d'sini sya nk mnta nasihat kalian,suami saya dlu mmg m'ambil heroin slpas tu atas nasihat kluarga dia b'daftar utk m'ambil methadon..setelah hampir 3 tahun dan beberapa mnggu yg lpas dia m'yatakan utk bhenti methadon krna m'gatakan susah krana slalu lambat utk ke tempat kerja..saya pun percaya dia nk bhenti dan dia mengatakan dia perlu berehat lbh kurang seminggu utk pulih dr methadone tp pagi nie saya semasa sya mengemas saya terjumpa jarum suntikan dn mngkin heroin...kami bergaduh slpas dia dpt tahu saya tahu..dia mengatakan kepada saya wat masa ni bagilah ruang untuk keadaan sekarang wat terbaik utk dri saya dan anak..tolonglah saya betul2 tertekan..

    ReplyDelete
  31. Sy mempunya tunang yg sudah ketagih herion lebih kurang 6 tahun. Pada peringkat awl, pertunangan sy tidak tahu yg dia merupakan seorang penagih heroin. Sejak mengetahui dia seorang pengih heroin, bermacam-macam cara sy lakukan utk hilangkn ketagihan dia,namun semuanya tidak berhasil. Dia mempunyai pekerjaan yg tetap.sudah byk air mata sy tumpah sehingga la sy tidak mampu utk menangis lg.Dia ada niat utk berhenti. Kadangkala sy tidak smpi ht melihat dia terlantar menahan sakit semata-mata utk berhenti,namun apabila tidak tertahan,dia terpksa mengambil semula heroin.Prestasi kerja dia pn semakin teruk.Pernah dia mengambil cuti semalam seminggu utk berehat di rumah bg menghilangkan ketagih heroin, namun semuanya tidak berhasil. Baru-baru ni,atas nasihat dan sokongan sy, dia pergi ke klinik kerajaan utk mendapatkan methadone, tp malangnya dia terpaksa menunggu giliran yg entah berapa lama perlu di tunggu.mungkin,seminggu,sebulan,setahun atau bertahun-tahun.sy sudah tidak snggup melihat dia ketagih heroin,sudah terlalu byk wang hbs, bukan sahaja utk bekalan heroin, malah utk mengubati dia. Sy ada terbaca tentang methadone.benarkah ketagih methadone lg susah untuk berhenti berbanding heroin?sy sudah buntu,tidak tahu apa lg cara utk membantu dia. Untuk mendapatkan methadone di klinik-klinik swasta,sy tidak tahu,klinik mana yg boleh membekalkan methadone. Sekarang ni, kami terpksa meminta tolong daripada bekas penagih heroin yg mendapat bekalan methadone dari klinik kerajaan. Kami akan membeli rm25 utk 45ml methadone.itu pn bergantung pada budi bicara dia.klu ada, ada la, klu tidak ada, kami buntu. Bantu la sy dan tunang sy.hari pernikahan kami sudah terlalu dekat.sy sanggup berkorban apa sahaja utk dia, janji dia sembuh dan menjadi manusia yg berguna

    ReplyDelete
  32. setiap org x sama pendapatnya tentang methadone,Hanya org yg minum methadone,tau apa itu methadone.klau nk tau kebenaran tentang methadone,tanyalh peminum methadone, tapi jangan tanya dr methadone,sebab dr hanya belajar drpd buku(teori),apa yg ditulis didlm buku tidak sama dgn yg sebenarnya.

    ReplyDelete
  33. assalamualaikum..

    sy baru kawin 3 bulan yang lalu.. dan becerai selepas 2 sebab saya terjumpa dadah ice dalam beg suami... sebelum saya terjumpa ice, saya selalu tengok dia tidur lama.. sampai 1 ari 1 malam baru bangun.. dia ckp cirit birit dan demam.. saya nak tahu.. kenapa dia jadi macamni.. adakah di sebabkan dia nak berhenti @ sebab dia terlebih dos? sebelum ni dia penah ckp kat saya yang masa umo dia remaja dia penah ambil dadah n sekarang dh berhenti... tp.. malangnya lepas kawin saya terjumpa ice dlm beg dia.. boleh ke seseorang itu berhenti dadah??

    ReplyDelete
  34. amani7707, pengguna dan penagih adalah dua kategori berbeza. perlu dipastikan bekas suami anda dalam kategori yang mana supaya cara penyelesaian dapat diberikan. amat sukar bagi seseorang untuk berhenti mengambil @ menagih dadah tetapi jika diberi bantuan, sokongan dan didikan yang betul tidak mustahil dia boleh berhenti. jika mereka sudah berubah, belum tentu mereka dapat menjauhi godaan dadah sebab banyak faktor mempengarhui perkara ini. mungkin rujukan kepada AADK @ PENGASIH dapat membantu dalam memulihkannya. maaf kerana kelewatan membalas komen anda..

    ReplyDelete
  35. anonymous, rujuk tunang anda kepada AADK @ PENGASIH bagi mendapatkan nasihat yang lebih baik dalam menanganinya. bantuan dan sokongan amat penting dalam membantu tunang anda pulih. maaf di atas kelewatan kami membalas komen anda dan kami doakan kejayaan anda dalam usaha murni ini.

    ReplyDelete
  36. saya dulu adalh penagih dadah yg tegar. saya terlibat ngn dadah dari tahun 1992 hingga tahun 2008. pernah jgk beli methadone diklinik swasta. 20mg xkurang RM40. ttapi menjadi lebih lentok. saya pemandu lori dan jika memandu dalam keadaan lentok, phm2 ajelh. awal tahun 2008 saya mendapat tahu drpd rakan mengenai rawatan methadone percuma diklinik kerajaan. alhamdullilah, sudah lebih 4 tahun menjalani rawatan methadone. dan badan saya semakin sihat dan se olah2 xpernah terlibat ngn dadah. dosrumahtangga saya semakin bahagia. saya minum 55mg. jika diklinik swasta x kurang RM50. bagi keluarga yg terlibat ngn dadah, saya nasihatkan bawa dia keklinik kerajaan utk merawati minum methadone.

    ReplyDelete
  37. assalamualaikum.. respon pd soalan u pd hujung2 artikel.. tentang senarai pembekal.. bukan setakat senarai pembekal.. nama2 klinik dan doktor2 yang menjadi tokan metadon ni pun aku boleh bagi.. bukan xboleh.. bukan xsesuai.. cuma ikut diri sendiri lah.. kalau larat nak tempuh sndiri tanpa bantuan silakan.. kalau xlarat dan memerlukan bantuan ubat2ubatan macam2 ada.. org yang disahkan menghidap darah tinggi mcm abah aku pun terpaksa makan ubat setiap hari.. sampai bila?.. entahlah.. sama gak mcm penagih.. terima ia sebagai penyakit.. dan setiap penyakit Allah turunkan dengan ubatnya kecuali mati.. mcm tu ke? ye la kot.. aku pun bukan arif sangat tentang quote2 keagamaan ni.. tapi bukan tu persoalannya.. kita anggap ketagihan adalah salah satu penyakit.. sama gak ngn kencing manis.. apabila sesuatu tu kita lakukan tanpa wasatiah maka akan hadirlah penyakit.. makan manis berlebih2.. maka datangla kencing manis.. cuma gula tu xharam jadi xde la pesakit kencing manis dipandang serong.. berbalik pada pesakit ketagihan dadah tadi.. jika memilih untuk menggunakan ubat.. banyak dan macam2 nama ada.. dan legal or not legal entahlah.. aku bukan peguam dan aku xtau part tu.. kita ambil metadon sebagai subjek kat sini.. aku? aku start ambil tahun 2009.. sampai sekrg dah 3 tahun.. kalau tanya aku.. mmg aku nyesal amik menda ni.. cuma bila aku fikir balik klau aku xamik aku rasa aku masih dengan semua jenis dadah2 terlarang dan entah2 aku dah jadi bekas banduan kot.. masa dulu aku bukan amik sikit2.. aku jenis yg berfikir.. xberbaloi untuk hanya membeli.. aku pun pernah jadi tokan.. agak besar2an jugak la.. cuma nasib aku baik xpernah tertangkap.. dan aku tau walaupun sekrg aku pergi ke balai dan cerita yg aku pernah mengedar dadah aku juga xkan ditangkap.. aku bukan perasuah.. aku cuma bekas pengedar dadah.. hahahahaha... kau peguam kan kau lagi tau.. ok la.. aku dah xde mood.. nanti esok2 aku sambung lgik k.. aku xleh letak google acc aku kt cni.. sebab aku ni ramai yg kenal.. mungkin ada antara kawan2 kau kenal aku.. xpe nanti aku fikrkan mekanisme untuk berhubung dgn kau k.. salam

    ReplyDelete
  38. sebenarnya nak berhenti heroin dan air ketum ada caranya.. pertama niat dalam hati nak berhenti, kdua kurangkan pergaulan dgan kawan2 penagih, ketiga solat dgan khusuk dan takwa sebenar benarnya dan perbanyakkan membaca Al Quran dan amalan2 sunat yang lain serta berdoa minta rahmat dan pertolongan serta petunjuk Allah s.w.t ,,, ok mai nak ajar kalu nak berhenti semua dadah dan air ketum... ok pergi daftar methadone di klinik dan minum dalam 15ml sja sehari.. jgan lebih plak.. lepas 2 buang kasut nan berjemur matahari dalam 30 mnit...lakukan selama seminggu..PERHATIAN!!! makin hari makin kurangkan jumlah dos methadone...hari prtama dan ketiga 15ml, hri keempat 5ml shaja, hari kelima dan ke enam jgan minum, dan terakhir hari ketujuh minum 5ml dan hri kelapan kuatkan diri dan berhenti segala galanya...insyaAllah berkesan saya da cuba.. apa2 kol sya 0174167599..assalamualaikum

    ReplyDelete
  39. Suami sy menyedut syabu... sy x pasri dah brp lama. Tp dlu seringkali terjumpa dapurnya itu. Sy buang dan ada jg sy simpan buat bukti klu berlaku apa2 kes. Dia x buat dpn sy...sy dah mls amik kesahnya. Dlm hati klu kene tangkap, baguslah jgk. Apa yg sy perhatikan... beza dia dlu ngan skrg... pemikirannya dah kekadag nmpk cam budak2. X boleh berbincang, menang atasnya je sampai bertekak. Silap bertekak, sy dipukul. Sy dah phm... jd xnak dah bercakap ngan dia. Nafkah x kata dah la...mmg x bg, tau nk mkn je. Sy pun pening apa nk buat ngan dia ni... keje suka2 dia la. Klu bosan, berenti... gaduh ngan kwn, berenti. Lama2 meluat dah nk tgk muka sbbnya nafkah x bg. Kesian kat anak2 je la... sib sy keje gov. Sekurang2nya tua nnt ada pencen buat belanja mkn. Makan kat umah pun sy nyorokkan klu lebih. Tp tu la.. paham2 je lah hati ppuan ni. Kekadang rasa kesian tu mmg ada... cuma nk sedarkan dia. Tp tgk dia biasa jeeee... adeeeeh... rasa nk dok asing je senang. Stress klu dia ada. Tu pun sib ada umah sewa. Leh lah jgk buat tambah2 sara anak 5 ni. Hrp gaji sendiri klu nk dok sendiri pun mmg x cukup. Klu ku tau perangainya camni... anak sorang 2 je stop. Tp lmbt allah nk tunjuk... klu jd kat korang, apa nk buat ye?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Small Claim Court: Do-It-Yourself (DIY)

Non Muslim Divorce Proceeding-brief email question & answer

Hire Purchase: Car Repossessed?