Tuesday, July 15, 2008

Berwaspada Dengan Ajaran Sesat Rasul Melayu Zul Kahar

Salam,

Para pembaca blog ini yang saya hormati, saya ingin mengambil sempatan di sini untuk memberi amaran kepada setiap umat Islam di seluruh dunia terutamanya di Malaysia, selatan Thailand dan Indonesia tentang kewujudan ajaran sesat oleh seseorang yang bernama Zul Kahar yang mengakui menjadi Rasul bagi umat Melayu. Nauuzubillah!

Beliau kini sedang dalam tindakan Mahkamah Syariah di Malaysia namun beliau melarikan diri dipercayai ke Indonesia bagi mengelak tindakan undang-undang di Malaysia.

Di dalam pelariannya, dengan bantuan orang lain, kini beliau dikesan sedang giat menjalankan dakwah sesatnya melalui email-email dan laman web yang dihantar hampir setiap hari kepada banyak orang termasuklah yahoogroup-yahoogroup.

Anda harus berwaspada tentang email-email ini yang mana beliau menggunakan hujah-hujah sesat tafsir ayat-ayat Al-Quran dengan makna pengertian beliau sendiri yang sesat.

Saya khuatir bagi umat Islam yang kurang pemahaman Al Quran akan terpedaya dengan tafsiran sesat ini atau setidak-tidaknya akan menimbulkan syak. Dan timbulnya syak terhadap Rasulullah membawa kepada kufur!

Bertindaklah segera dengan melapurkan email yang anda terima kepada Jabatan Agama Islam di tempat anda. Saya sendiri sudahpun melaporkan kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Tindakan lain yang bleh diambil ialah melaporkan kepada MCMC (Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi Malaysia)

sekian.

2 comments:

  1. assalamualaikum
    bagus!
    saya pon dah tengok liputan en.kahar di ntv7...
    ternyata dia menggunakan cebisan2 ayat al-quran untuk menguatkan hujah-hujahnya dan melemahkan hujah al-quran nur karrim...

    ternyata dia sudah menyesatkan ramai orang
    sehinggakan ada ramai peringkat golongan yang menyertai ajaran kahar ini....

    saya mintak jasa baik en...
    untuk membuat liputan dan pengkajian tentang persatuan rahsia dunia yang bernama freemason...

    harap saudara sudi untuk berbuat demikian...

    ReplyDelete
  2. salam,

    kepada saudara yang bertanya dan yang lain ini adalah link daripada blog rakan saya, seorang pemberita MASTIKA berkenaan freemason. sangat menarik untuk dibaca.

    http://umatmuhammad.blogspot.com/2007/04/freemason-secret-society.html

    ReplyDelete