Posts

Showing posts from February, 2014

Ayuh faham apakah itu kemerdekaan dan apakah itu undang-undang?

31 Ogos 1957 adalah tarikh yang ditetapkan oleh para perunding kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu sebagai hari untuk mengisytiharkan Persekutuan Tanah Melayu sebagai sebuah negara yang berdaulat dan merdeka. Apakah status kedaulatan Persekutuan Tanah Melayu sebelum tarikh tersebut? Ya, sebelum 31 Ogos 1957, setiap inci tanah di suatu kawasan geografi yang pernah dinamakan Persekutuan Tanah Melayu ini bolehlah dibahagikan kepada dua bahagian iaitu; (1) Negeri-negeri Melayu yang ditadbir oleh Sultan dengan bantuan penasihat kerajaan British, iaitu Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Kelantan, Pahang dan Terengganu  adalah negeri naungan British, dan (2) Negeri-negeri Selat, iaitu, Pulau Pinang dan Melaka yang merupakan tanah jajahan British. baca seterusnya di sini

Mahkamah itu apa? Ajarkan saya tentang apakah itu mahkamah?

Mahkamah ialah tempat di mana sesuatu prosiding kehakiman dimulakan. Terdapat dua jenis prosiding kehakiman di Mahkamah Keadilan. Pertama, prosedur sivil dan kedua, prosedur jenayah. Prosiding Sivil boleh dimulakan oleh sesiapa sahaja terhadap sesiapa sahaja. Tuntutan sivil yang paling kerap wujud di Mahkamah Keadilan biasanya dimulakan oleh pihak bank. Pihak bank lah yang paling kerap memfailkan tuntutan Saman ke atas peminjamnya yang ingkar terhadap Perjanjian Pembiayaan. Bank akan menjadi Plaintif. Plaintif ialah pihak yang memulakan tindakan Saman. Dan peminjam yang ingkar pembayaran akan dinamakan sebagai Defendan.  (baca seterusnya di  http://kotalima.blogspot.com/2014/01/mahkamah-itu-apa-ajarkan-saya-tentang.html )