Lanjutan tulisan terdahulu berkenaan program penukaran jarum suntikan, kondom dan methadone.

Salam sejahtera,

  1. Pada tulisan yang lepas saya telah menyatakan berhubung isu program penukaran jarum suntikan dan kondom serta dadah gantian methadone. Kali ini saya menulis untuk mengentuh beberapa isu lain seperti hak penagih dadah, self-sufficiency, kepertanggungjawaban seorang penagih dadah dan peranan keluarga.


     

  2. Sebagai pembukaan saya berikan kata-kata ini yang diberi kepada saya oleh seseorang; 'all behavior is avoidable behavior, except act of God'. Tiada sesiapa pun yang memaksa sesorang itu untuk menagih melainkan beliau sendiri atas nama apa sahaja alasannya untuk mula mengambil dadah dan terus menagih. Mereka ini saya anggap sebagai 'negative risk taking behaviour'. Maka apa sahaja usaha, kajian atau tindakan yang telah, sedang atau bakal diambil tidak akan dapat merubah seorang penagih dadah supaya berhenti melainkan beliau sendiri berhasrat berbuat demikian (samada dengan bantuan elemen luar atau tidak).


     

  3. Pada dasarnya bila kita berbicara tentang penyalahgunaan najis dadah, kita sama jarang memperkatakan tentang hak-hak asasi mereka, hak mereka ketika ditahan, hak mereka ketika didalam tahanan, sampe air kencing mereka, sampel darah diambil tanpa menghiraukan samada mereka membenarkannya atau tidak. Bukan niat saya mengkritik prosidur amaan pihak polis atau agensi berkaitan tetapi itulah hakikat. Tiada siapa yang peduli tentang hak ini, bukan? Kerana apa, masyarakat umum berpendapat apa yang dilakukan demi kebaikan penagih dan demi menjaga kepentingan rakyat. Saya sendiri secara peribadi kurang mahu menekankan hak ini mahupun ianya bertentangan dengan prinsip asal hak individu yang dijamin oleh perlembagaan Malaysia.


     

  4. Namun adakah anda semua tahu bahawa hak penagih dadah untuk menagih diperjuangkan dengan hebat dinegara luar dan saya berani mengatakan ada pihakpihak didalam Malaysia ini hamper terikut-ikut dengan propaganda ini, Australia sebagai contoh adalah di antara Negara yang kuat menyokong hak ini dan ironiknya banyak terdapat ahli perubatan dan doctor mendapat didikan daripada Negara ini. Switzerland sebagai contoh dalam pada memperjuangkan hak untuk menagih ini telah selama lebih lima tahun lepas memperuntukkan suatu kawasan khas dimana orang awam boleh membeli dan menagih marijuana, asalan mereka ini adalah hak penagih dan jika ianya dibenarkan hanaya dikawasan yang diperuntukkan ianya tidak menular keseluruh Negara, Negara mereka kecil dan kerajaan tidak mampun mempunyai masalah ini. Namun apa yang terjadi ialah sebaliknya, bukan sahaja ianya merebak ke kawasan-kawasan lain tetapi juga merebak kepada pelancong asing.


     

  5. Saya percaya atas dasar elemen propaganda hak ini dan alasan lain supaya penyakit AIDS tidak merebak, maka seolah-olah penagih dadah di Malaysia ini diberikan hak mereka untuk terus menagih melalui dadah gantian methadone, yang kononya menjadi salah satu alternative perubatan. Seperti yang telah saya perkatakan sebelum ini, tentang keburukan methadone dan implikasinya serta keberkesanannya dalam mengurangkan pergantungan kepada najis dadah, bagaimana pula tentang hak penagih ini untuk terus hidup normal dan sama sekali bebas dari dadah?


     

  6. Baiklah saya telah mengkritik dasar program ini yang mana bagi saya tidak sesuai serta suatu pembaziran besar wang rakyat. Maka saya tidak mahu lagi membincangkannya di sini. Mari kita bicara tentang konsep self sufficiency dan accountability seorang penagih atas kesalahannya menagih seterusnya membebankan rakyat Malaysia.


     

  7. Konsep self sufficiency yang saya maksudkan ialah suatu kemahiran asas untuk seseorang penagih itu untuk mampu berdikari tanpa perlu bergantung kepada sesiapa. Contohnya seorang panagih itu boleh dibekalkan dengan kemahiran atau ilmu untuk berniaga atau vokasional atau mekanikal atau pertanian. Oleh itu, penagih ini sekurang-kurang mampu berusaha sendiri untuk meneruskan hidupnya tanpa perlu bergantung kepada kerajaan, masyarakat ataupun keluarganya.


     

  8. Saya percaya tidak ada atau sangat kurang input ini diberikan semasa para penagih didalam pusat-pusat tahanan pemulihan, apa yang ada atau yang lebih dititikberatkan adalah suatu konsep pemulihan yang mana bagi pendapat saya berkonsepkan hukuman semata-mata. (saya mungkin tersilap kerana kurangnya maklumat yang ada pada saya).


     

  9. Mereka dipenjara, dihalang untuk berjumpa dengan masyarakat dipulihkan melalui kaedah meditasi dan sebagainya. Saya tidak katakan kaedah-kaedah ini tidak baik malah sangat baik (melainkan perihal bekalan methadone tersebut) Cuma apa akan terjadi kepada penagih ini keluar kepada masyarakat, mereka tidak ditanamkan dengan sikap self-sufficiency ini, maka terjadilah kejadian menagih semula, masyarakat (malahan keluarga sendiri) tidak dapat menerima mereka, mencuri dan sebagainya. Bekerja untuk mana-mana majikan juga amat sukar bagi mereka ini kerana pandangan serong para majikan. Bayangkan jika mereka ini dapat bekerja sendiri, menjalankan perniagaan, pertanian dan sebagainya. Jika mereka ini berjaya, kejayaan mereka ini secara automatic akan merubah presepsi masyarakat dan seterusnya mungkin juga akan menyebabkan mereka berfikir dua kali untuk kembali ke lembah hina najis dadah.


     

  10. Satu lagi cadangan yang menarik ialah kini terdapat 29 buah pusat serenti di seluruh Malaysia, kenapa tidak pusat-pusat serenti ini menjalankan aktiviti pertanian atau perniagaan besar-besaran yang mana ianya dijalankan sendiri oleh para pelatih atau penagih ini. Pusat-pusat serenti ini akan dapat menjana ekonominya sendiri dan mungkin akan mengurangkan pergantungan kepada bantuan kerajaan dan duit rakyat.


     

  11. Bayangkan berapa jumlah kos dibelanjakan untuk pusat-pusat tahanan ini, saya sendiri pernah mengenali seorang kontraktor binaan yang mendapat kontrak secara berterusan daripada Agensi Anti Dadah Kebangsaan tidak kurang daripada RM1.5juta hingga RM2juta setahun untuk membaikpulih bangunan dan sebagainya. Belum lagi dikira tentang kos makanan harian, perubatan penagih dan pelbagai. Ini tidak termasuk wang rakyat berjumlah RM200juta bagi program penukaran jarum dan kondom serta methadone sahaja.


     

  12. Para penagih yang menjalankan aktiviti pertanian dan perniagaan di dalam pusat-pusat ini dapat mengumpul modal secara teratur bagi bekalan mereka setelah keluar nanti bagi meneruskan perniagaan tersebut, janganlah modal tunai tersebut diberikan terus ke tangan mereka sebaik sahaja keluar kelak kerana mungkin akan disalahgunakan tetapi ia boleh digunakan sebagai pelaburan semula dalam aktiviti perniagaan atau pertanian atau sub-kontrak kepada perniagaan besar didalam pusat serenti tadi. Ini adalah untuk menjamin hubungan penagih berterusan dengan pusat tadi bagi tujuan pemantauan.


     

  13. Masih ingat tadi saya katakana tentang negative risk taking behavior dan kata-kata pembukaan saya? Bagi saya, jika penagih memilih behavior atau sikap yang salah dan berisiko untuk menyalahguna dadah, maka mereka harus bertanggungjawab atas pilihan mereka. Apa yang terjadi sekarang seolah-olah mereka hanya dihukum tetapi mereka tidak ditanamkan dengan perasaan bersalah dan bertanggungjawab kepada diri mereka, keluarga dan masyarakat.


     

  14. Jika cadangan ini berjaya 2 perkara yang akan berjaya diperolehi (sekurang-kurangnya); pertama sikap kepertanggungjawaban para penagih terhadap dirinya sendiri untuk meneruskan hidup sempurna setelah dihukum atas kesalahannya. Kedua, mengurangkan beban kepada rakyat secara langsung atau tidak langsung.


     

  15. Isu seterusnya ialah keluarga penagih dan peranan mereka dalam membantu pemulihan atau pencegahan awal gejala ini.


     

  16. Walau berjuta dibelanjakan oleh kerajaan menggunakan duit rakyat, walau apapun teknik perubatan yang diberikan kepada penagih, elemen terpenting dalam mengekang gejala ini adalah keluarga kita sendiri (sudah tentu keluarga dengan nilai-nilai yang baik dari segi agama dan moral).


     

  17. Tanpa perlu dibahaskan lagi semua orang mengakui kepentingan keluarga dalam masalah ini, tetapi apa yang berlaku adalah elemen ini tidak dititikberatkan oleh kerajaan melalui agensinya atau sekurang-kurang pemahaman mendalam para pentadbir pusat tahanan. (Jangan salah faham, saya tidak menafkan penekanan yang dibuat oleh para kaunselor dipusat tahanan, saya bercakap dari segi strategi kerajaan dan pusat tahanan).


     

  18. Tahukah anda kita mempunyai hampir 34,000 orang penagih di dalam 29 buah pusat tahanan tadi? Ini bermakna hamper 34,000 keluarga diluar sana yang mampu digerakkan untuk membantu menangani masalah ini bersama kerajaan. Malah mungkin juga dapat menyelamatkan keluarga lain yang dekat atau jiran tetangga. Sekarang bagaimana elemen ini boleh digerakkan dengan sempurna?


     

  19. Pertama:- Jika dadah dianggap musuh no 1 negara, kenapa musuh ini tidak mempunyai Mahkamahnya sendiri? Satu pelengkap kepada kompenen membenteras musuh ini, kita sudah mempunyai agensinya, kita sudah mempunyai undang-undang yang cukup baik, kita juga sudah banyak mempunyai pusat-pusat tahan samada dibawah kerajaan atau persatuan namun kita masih belum mempunyai suatu mahkamah khas untuk mendengar kes ini yang diduduki oleh para hakim atau majistret yang dibekalkan khas dengan pengetahuan sub-culture para penagih, psychology, pengetahuan asas tentang dadah dan sebagainya. Sinis: kalau kita boleh mempunyai mahkamah trafik khas dan dibuka pula pada sehingga waktu malam (di Kuala Lumpur), kenapa tidak Mahkamah Khas Dadah.
    Apa kesalahan trafik juga musuh no 1b Negara?)


     

  20. Kembali kepada peranan keluarga tadi, kita tinggalkan dulu isu penubuhan Mahkamah Khas tersebut. Saya akan tulis kemudian kenapa saya mencadangkan penubuhan mahkamah tersebut.


     

  21. Pada masa ini pusat-pusat tahan bertaburan diseluruh Malaysia. Samada sedar atau tidak, apabila seseorang itu ditahan dan dihantar ke pusat-pusat tahanan oleh Mahkamah, mereka dihantar ke pusat-pusat tahanan yang berjauhan daripada tempat asal mereka (entah apa alasanya) dan ini termasuklah berjauhan daripada keluarga mereka. Bagaimana kita mengharapkan keluarga ini selalu melawat anak-anak mereka dipusat tahan jika ianya terlalu jauh dari tempat tinggal keluarga. Seharusnya para penagih ditahan berdekatan dengan tempat tinggal keluarga seupaya keluarga sentiasa bleh melawat, mengetahui status terkini keluarganya yang ditahan, seterusnya membantu para penagih dengan sokongan moral dan lain. Untuk membantu ilmu sepatutnya harus dibekalkan kepada keluarga ini, saya akan membicarakan tentang cadangan saya dibawah.


     

  22. Maka oleh itu jika suatu mahkamah khas ditubuhkan mereka akan menghakimi para pesalah penagih ini dengan pendekatan yang lain disamping hukuman undang-undang. Apapun sementara ini saya berharap mahkamah sedia ada yang mendengar kes-kes dadah dapat memberi penghakiman agar pesalah dihantar ke pusat tahan berdekatkan dengan keluarga.


     

  23. Kedua:- menarik penglibatan keluarga penagih dengan lebih serius.


     

  24. Untuk keluarga, ibubapa dan sebagainya membantu menangani masalah penagihan ini mereka harus mempunyai ilmu dan pengetahuan yang cukup. 34,000 keluarga tadi harus ibekalkan dengan maklumat berterusan tentang gejala sub-culture ini dengan cara bulitin bulanan atau media alternative contohnya email dan laman web atau mungkin juga blog. Maklumat ini boleh berbentuk umum, cara pendekatan psychology, perundangan, atau status terkini perkembangan anak-anak atau keluarga mereka di dalam pusat tahanan. Supaya nanti apabila para penagih ini keluar mereka sudah tahu bagaimana untuk mengekat penagih ini kembali kepada tabiat buruk tersebut.


     

  25. Para keluarga ini hendaklah jangan hanya sekadar diberi hak lawatan semata-mata, tetapi harus diperintahkan untuk terlibat sama dengan program-program pusat tahanan samada sesi kaunseling, aktiviti social, keagamaan dan sebagainya.


     

  26. Keluarga-keluarga ini haruslah dibekalkan dengan pengetahuan secukupnya tentang bagaimana mengesan symptom sub culture ini atau jika sudah mula menagih bagaimana menegkang penagihan, ilmu-ilmu perubatan asas, perundangan dan sebagainya. Hanya dengan ilmu yang cukup maka mereka boleh membantu dengan lebih berkesan. Bukannya hanya kontrantasi kepada masalah yang dihadapi.


     

  27. Seterusnya, jika cadangan saya tadi berkenaan perniagaan atau pertanian dibuat; mungkin juga keluarga boleh terlibat sama dalam menjayakan aktiviti ini. Mereka boleh terlibat secara angsung dengan aktiviti perniagaan ini yang boleh meningkatkan ekonomi keluarga atau mereka boleh bertindak sebagai penyokong utama perniagaan penagih tersebut.


     

Sekian dulu buat masa ini, insyallah saya akan menulis lagi..

Comments

Popular posts from this blog

Small Claim Court: Do-It-Yourself (DIY)

Non Muslim Divorce Proceeding-brief email question & answer

Hire Purchase: Car Repossessed?