Analisis Senario Politik Terkini Daripada Kacamata Rakyat
Salam,
Saya menulis hari ini bukan niat untuk menyokong mana-mana pihak atau parti politik. Tulisan ini hanya sekadar analisis jujur saya sebagai pengundi. Saya tidak mewakili mana-mana pihak, badan, persatuan, organisasi atau parti.
Saya bukan juga seorang yang layak memberi analisis professional kerana saya tidak mempunyai latarbelakang sains politik atau yang berkaitan, hanya sekadar mahu berkongsi pendapat. Seperti biasa saya sentiasa mengalu-alukan pandangan pembaca lain.
Apa yang saya jangakan sebelum pilihanraya umum lalu menjadi kenyataan:
1. Saya tidak mahu bercakap mengenai isu-isu yang sedang hangat semasa pilihanraya tersebut, cuma apa yang saya jangkakan keputusannya yang bakal berlaku daripada penelitian saya sendiri ketika itu.
2. Tempoh berkempen pilihanraya yang agak lama membolehkan saya menyedari respons atau ‘hint’ dari setiap orang yang saya jumpa semasa sedang menjalankan pertemuan-pertemuan social dan business dengan klien-klien saya di sekitar Kuala Lumpur dan lain-lain tempat.
3. Bagi saya tempoh berkempen yang lama menguntungkan parti pembangkang berbanding parti pengandang kerajaan.
4. Pendapat saya di dalam Malaysia ini hanya terdapat 5 golongan pengundi;
a. Pertama golongan peniaga, berpendidikan dan professional (termasuklah golongan pekerjaan di segala peringkat).
b. Kedua golongan rakyat luar Bandar yang tidak atau kurang terlibat secara langsung dalam apa-apa isu semasa.
c. Ketiga golongan muda
d. Keempat golongan ahli politik penyokong kerajaan dan
e. Kelima golongan ahl politik daripada pembangkang.
5. Pada asasnya semasa tempoh tersebut saya banyak mengadakan pertemuan dengan bank-bank tempatan dan bertemu dengan ramai orang dalam saya menjalankan tugas saya sebagai seorang peguam.
6. Saya lihat hampir 90% pengurus-pengurus bank di sekitar Kuala Lumpr dan di tempat luar, semasa pertemuan memberi ‘hint’ menolak parti penyandang kerajaan.
7. Saya juga lihat 80% golongan peniaga atau ‘businessman’ memberi hint yang sama.
8. Begitu juga dengan rakan-rakan sesama profession.
9. Bagi saya golongan pertama telah condong kepada pembangkang.
10. Untuk golongan kedua, rakyat luar Bandar atau ‘orang kampng’ tidak akan cuba memahami apapun sebenarnya isu yang sedang berlaku dan kalaupun mereka faham mereka masih merasa tidak puashati dengan beban kos sara hidup yang tinggi.
11. Maka oleh itu golongan kedua juga gagal ditawan oleh pihak kerajaan.
12. Bagi golongan muda mudah, mereka tidak berasa berat tentang tanggungjawab keluar mengundi, kalau pun mereka keluar mengundi mereka bosan dengan isu yang ada dan hanya mahukan pembaharuan, mereka sanggup mempertaruhkan undian mereka pada muka baru atau parti baru, pokoknya mereka tidak atau enggan mengambilkira apapun risiko pilihan mereka.
13. Hasilnya golongan ketiga juga gagal ditawan kerajaan dengan sempurna.
14. Yang tinggal hanya samada golongan pengokong salah satu pihak dalam politik.
15. Jelasnya, daripada lima golongan ini kerajaan hanya mampu sepenuhnya menguasai satu golongan dan selebihnya member manfaat kepada pembangkang kalaupun tidak mengundi pembangkang.
16. Keputusannya kita lihat sendiri pilihanraya umum yang lalu, seperti yang saya jangkakan kekalahan teruk parti kerajaan, pertama di dalam sejarah Malaysia.
17. Bagaimana pula dengan golongan ‘atas pagar’? mereka ini sebenarnya ada didalam setiap golongan satu sehinga tiga di atas. Silent voter atau golongan atas pagar ini adalah golongan terbesar di dalam Malaysia, mereka bukan ahli politik hanya rakyat biasa yang mahu menjalankan kehidupan mereka sebaik mungkin, mereka telah mula digerakkan samada oleh isu-isu yang mereka fikir tidak ditangani dengan baik atau oleh propaganda mana-mana parti politik. Yang ketara, mereka berfikir sendiri dan membuat penilaian mereka sendiri.
18. Yang paling jelas rakyat sudah mula menunjukkan kuasanya yang sudah lama tidak digunakan. Tiada lagi pertimbangan faham politik atau perkauman, hanya apa yang menguntungkan mereka sebagai rakyat Malaysia. Maka kita lihat orang Melayu sudah tidak kisah mengundi parti DAP, saya sendiri lihat golongan belia kaum India membantu mengibarkan bendera PAS semasa berkempen dan banyak lagi perkara yang tidak pernah kita lihat sebelum ini (sentimen perkauman yang dahulunya digunakan oleh sesetengah pihak sudah kurang taringnya).
19. Kalau saya ambil contoh rakyat dan kerajaan sebagai sebuah syarikat sdn bhd, pemilik kuasa sebenar adalah para pemegang saham syarikat, pengarah dilantik oleh pemegang saham dan pengarah-pengarah syraikat harus berusaha dan melaporkan kejayaan atau kegagalan syarikat kepada para pemegang saham, pengarah-pengarah yang tidak memberi perkhidmatan terbaik sentiasa boleh ditukarganti oleh pemegang-pemegang saham.
20. Begitulah juga dengan politik Malaysia, rakyat adalah pemegang saham dan para peminpin adalah pengarah-pengarah syarikat, jelas ‘pemegang saham’ tidak berpuashati dengan ‘prestasi pengarah syarikat’. Maka kuasa ‘pemegang saham’ telah ditunjukkan, ini bukan sekadar ‘signal’ rakyat tetapi sebuah arahan jelas.
Senario kekacauan politik kini menguntungkan pembangkang?
1. Saya berpendapat biar apapun isu-isu politik terkini dan semasa, ianya semakin menguntungkan pembangkang. Dan agak tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa hasrat salah satu komponen pembangkang untuk membentuk kerajaan adalah tidak mustahil dengan berterusnya ‘tempo’ suasana politik masa kini.
2. Bagaimana saya berani membuat pertaruhan sedemikian?
3. Biar apapun isu samada besar atau kecil, samaada isu liwat, isu kes Atantuya dan Timbalan Perdana Menteri dan yang paling ‘direct’ dengan rakyat isu minyak dan harga barang, semuanya samada telah atau sedang ditangani oleh Kerajaan masih tidak memuaskan hati rakyat yang terbanyak.
4. Akui sahaja bahawa pada perkara yang paling asas rakyat hanya mahu tahu apa yang sedang dilakukan oleh kerajaan untuk keuntungan mereka, tiada guna penerangan atau sebagainya dilakukan kalau ianya masih tidak memberi hasil yang dikehendaki.
5. Isu-isu besar yang berlaku sekarang hanya sebagai ‘jalan cerita’ mencapai atau menafikan kehendak rakyat samada ianya isu dari pembangkang atau kerajaan. Bottom line, what the citizen get?
6. Dalam pada itu, saya ambil contoh isu liwat yang sedang hanyat berlangsung, rakyat umum tahu ini bukan isu baru. Telah berlaku 10 tahun lepas, dan pada masa tersebut Malaysia lebih teruk dilanda kontroversi seluruh dunia memandang kita. Ya betul rakyat berpecah disebabkan isu tersebut, tetapi apa yang rakyat mahu? Masih tidak berubah iaitu apa-apapun yang berlaku kepentingan rakyat tidak terjejas. Dan pada masa tersebut kepentingan rakyat terbanyak tidak terjejas teruk maka kerajaan masih mampu mempertahankan kemenangan besarnya. Fikirkan.
7. Isu liwat pada masa itu memerlukan satu momentum tentangan yang kuat perlu dibuat oleh Anwar Ibrahim, tetapi kini kita tidak lihat keperluan momentum yang begitu besar, kerana momentum sebenarnya sudah tersedia, tidak perlu lagi reformasi besar-besaran dan demontrasi dan sebagainya. Kerana apa, kunci sebenar ialah kepentingan rakyat sudah ditawan olehnya dan itulah momentum yang dimaksudkan.
8. Bagi saya jika benar Anwar Ibrahim mahu merebut Jawatan Perdana Menteri dan pakatannya mengulingkan kerajaan maka sekaranglah masa yang paling sesuai dan kritikal.
9. Isu-isu lain seperti kes Atantuya dan sebagainya hanya kenderaan atau penyokong sahaja, jika kerajaan bijak respons serta merta hendaklah diambil secara ‘jelas’ untuk menawan semula ‘kepentingan rakyat’ yang telah hilang. Jangan berikan teori-teori atau jalan kerja yang tidak difahami oleh rakyat atau jika difahami sekalipun masih tidak merubah keadaan. Lakukan secara konkrit dan nyata. Kerana selagi tiada perubahan apa sahaja penerangan kerajaan akan ditolak oleh rakyat.
10. Berbalik kepada konsep golongan di atas, saya percaya golongan peniaga atau businessman telah merasakan beban mencari keselesaaan berniaga dengan pelbagai kos yang meningkat dan ini menurunkan sokongan kepada kerajaan.
11. Secara teori domino, kesusahan peniaga akan dilepaskan kepada pengguna iaitu golongan kedua (rakyat luar Bandar) dan golongan ketiga (golongan muda).
12. Bagi golongan kedua, biar apapun yang berlaku, mereka mungkin sedikit sebanyak terganggu fikiran mereka tetapi itu bukan penyebab sebenar mereka mengalihkan sokongan, yang paling jelas bagaimana mereka merasa tentang kehidupan seharian mereka, sekali lagi beban kos sara hidup.
13. Golongan ketiga iaitu golongan muda akan cuba mencari jawapan kepada setiap isu yang dimainkan samada oleh pihak kerajaan atau pembangkang, mereka lebih cenderung mencari sendiri maklumat tersebut tanpa boleh ditunjuk sumbernya. Arus media perdana tidak lagi berguna untuk menyalurkan maklumat kerajaan, bagi saya internet adalah segalanya. (terfikir saya, kenapa RTM dan TV3 tidak mempunyai blog atau arus media online). Bahayanya sumber maklumat di internet tidak boleh disekat dan tidak boleh dipastikan keesahannya. Yang pasti, apa sahaja maklumat bebas bertukar tangan, pandai-pandai sendirilah menilainya.
14. Sekali lagi 3 golongan besar ini gagal ditawan kerajaan. Saya anggarkan 70% condong kepada pembangkang.
15. Sedar ataupun tidak jika momentum ini masih tidak kendur, kita bakal saksikan sekali lagi kegagalan parti komponen kerajaan memperbaiki prestasinya.
16. Dan melainkan jika ada campurtangan jentera kerajaan seperti polis dan tentera dan Agong, proses ‘peralhan kuasa’ yang dijanjikan oleh Anwar Ibrahim tidak mustahil berlaku dan rakyat (golongan pertama kedua dan ketiga) tidak memberi bantahan.
17. Hanya kerana golongan keempat (penyokong kerajaan) lantang bersuara dan boleh didengar di media tempatan atau melalui lain-lain pentas, ianya tidak boleh dianggap semestinya mewakili golongan pertama kedua dan ketiga tadi.
18. Dan begitulah sebaliknya golongan kelima (para penyokong pembangkang) berdemontrasi dan berceramah besar-besaran, adakah mereka mewakili rakyat? Tidak juga. Rakyat seperti para pemegang saham tadi yang ingin ‘membaca’ laporan-laporan dari pengarah-pengarah syarikatnya atau calon-calon pengarah syarikatnya.
19. Mungkinkah sekali lagi kuasa ‘pemegang saham’ ditunjukkan. Tidak, rakyat Malaysia adalah rakyat yang rasional dan sabar, mereka akan menunjukkan kuasa hanya pada pilihanraya.
20. Percaturan mengambilalih kerajaan adalah hanya diantara golongan keempat dan kelima.
21. Golongan pertama kedua dan ketiga mungkin akan mengekalkan status tersebut (jika berjaya sekalipun) pada pilihanraya akan datang hanya setelah mengambilkira kepentingan mereka sudah atau belum ditangani.
Mari kita sama-sama lihat. Saya memohon maaf jika ada yang tersinggung dengan tulisan ini.

Comments
Post a Comment