Posts

Showing posts from February, 2011

Perlancaran Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan

Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri telah dipertanggungjawab untuk menganjurkan Majlis Pelancaran Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan   (YBGK) yang akan disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada ketentuan seperti berikut: Tarikh   :  25 Februari 2011(Jumaat)   Masa    :  9.30 pagi Tempat:  Dewan B, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)          Penubuhan YBGK telah dipersetujui oleh Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya pada 3 Mac 2010. Tujuan penubuhan YBGK adalah untuk memberi bantuan dan nasihat guaman dalam kes jenayah kepada golongan yang kurang berkemampuan supaya mendapat akses kepada keadilan dengan sewajarnya. YBGK kini telah didaftarkan sebagai sebuah syarikat khairat ( charitable company ) pada 24 Januari 2011 dan Kerajaan telahpun bersetuju untuk menyumbangkan geran bernilai RM5 juta kepada Yayasan ini manakala Majlis Peguam Malaysia pula sebanyak RM250,000 sebagai sumbangan permulaan. YBGK dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Tan