Posts

Showing posts from 2014

EBook: Panduan Mudah Perundangan (98 mukasurat) Tajuk: Bolehkah anda bertindak sendiri tanpa peguam?

Image
Klik untuk menempah ebook Alhamdulillah syukur kepada Allah ebook ini telah siap. Terdapat penambahbaikkan sebagaimana yang diminta oleh para pembaca awal. Kepada yang telah sudi membaca dan memberi komen-komen serta cadangan, terima kasih saya ucapkan. Ebook ini mengandungi panduan-panduan mudah untuk orang awam memahami subjek yang dibincangkan, carta dan banyak lagi. Keseluruhanya berjumlah 98 mukasurat. Bagi yang berminat untuk mendapatkan ebook ini sila email kepada saya kirzuan@gmail.com . Harga ebook ini RM10 sahaja tetapi bagi yang kurang berkemampuan, sila beritahu saya dalam email anda insyaAllah saya akan berikan secara percuma. (Untuk versi cetakkan harga buku adalah RM20.00 dan kos penghantaran adalah RM6.00, total RM26.00 sahaja. Penghantaran akan dibuat melalui Pos Express) sila ke link ini untuk urusan pembelian ebook ini:  http://tinyurl.com/grksa2u Antara panduan-panduan yang dibincangkan di dalam ebook ini adalah:- Pengenalan Buku ini

Jemputan untuk Review Ebook

salam semua, Alhamdulillah saya telah berjaya menyiapkan deraf pertama ebook saya bertajuk: "Bolehkah anda bertindak sendiri tanpa peguam?" Oleh kerana ini adalah deraf dan saya masih belum muatnaik ke internet, saya menjemput mana-mana pembaca setia blog ini untuk membaca, komen dan kritik ebook tersebut supaya saya boleh tambahbaik. Saya hanya akan memberikan kepada 50 orang sahaja dengan syarat-syarat di bawah:- deraf ebook ini adalah percuma; ebook tersebut hanya untuk bacaan peribadi penama yang telah saya berikan sahaja; tujuan pemberian ebook hanyalah untuk review, ulasan, komen, kritikan membina, komen dan cadangan bagi tujuan penambahbaikkan; tidak boleh dimuatnaik ke internet tanpa persetujuan bertulis saya; tidak boleh membuat salinan atau hebahan atau diberikan kepada mana-mana pihak atau umum tanpa kebenaran bertulis saya; tidak boleh menjualnya tanpa kebenaran bertulis saya; anda faham bahawa ebook tersebut adalah deraf semata-mata dan saya mungk

Bolehkah anda bertindak sendiri tanpa peguam?

Saya dalam proses menyiapkan sebuah ebook berkenaan tajuk di atas. Saya harap saya boleh segera menyiapkannya sementara ada masa ini. Antara tajuk cadandan yang dibincangkan di dalam ebook tersebut adalah:- Apa yang anda perlu tahu? Hak untuk didengar di dalam mahkamah Keadaan dimana anda boleh dan tidak boleh bertindak sendiri Memahami dan menyediakan kes Cara peguam dan mahkamah berfikir Apa yang anda perlu lakukan sebelum memulakan tindakan Notis Tuntutan Contoh notis tuntutan Tempoh dan had masa mengambil tindakan Dimana saya perlu bawa kes saya? Memindahkan kes dari satu mahkamah ke mahkamah yang lain Prosidur ringkas mahkamah Melakukan kesilapan prosidur Adab di dalam mahkamah Kenali siapa hakim anda Kenali siapa lawan anda Kenalpasti isu kes anda Kenalpasti kekuatan hujah anda Cari sokongan hujah anda Dimana boleh saya dapatkan bahan rujukan untuk kes saya? Cuba fikirkan kelemahan isu dan hujah anda Kenalpasti isu dan hujah lawan anda

Ayuh faham apakah itu kemerdekaan dan apakah itu undang-undang?

31 Ogos 1957 adalah tarikh yang ditetapkan oleh para perunding kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu sebagai hari untuk mengisytiharkan Persekutuan Tanah Melayu sebagai sebuah negara yang berdaulat dan merdeka. Apakah status kedaulatan Persekutuan Tanah Melayu sebelum tarikh tersebut? Ya, sebelum 31 Ogos 1957, setiap inci tanah di suatu kawasan geografi yang pernah dinamakan Persekutuan Tanah Melayu ini bolehlah dibahagikan kepada dua bahagian iaitu; (1) Negeri-negeri Melayu yang ditadbir oleh Sultan dengan bantuan penasihat kerajaan British, iaitu Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Kelantan, Pahang dan Terengganu  adalah negeri naungan British, dan (2) Negeri-negeri Selat, iaitu, Pulau Pinang dan Melaka yang merupakan tanah jajahan British. baca seterusnya di sini

Mahkamah itu apa? Ajarkan saya tentang apakah itu mahkamah?

Mahkamah ialah tempat di mana sesuatu prosiding kehakiman dimulakan. Terdapat dua jenis prosiding kehakiman di Mahkamah Keadilan. Pertama, prosedur sivil dan kedua, prosedur jenayah. Prosiding Sivil boleh dimulakan oleh sesiapa sahaja terhadap sesiapa sahaja. Tuntutan sivil yang paling kerap wujud di Mahkamah Keadilan biasanya dimulakan oleh pihak bank. Pihak bank lah yang paling kerap memfailkan tuntutan Saman ke atas peminjamnya yang ingkar terhadap Perjanjian Pembiayaan. Bank akan menjadi Plaintif. Plaintif ialah pihak yang memulakan tindakan Saman. Dan peminjam yang ingkar pembayaran akan dinamakan sebagai Defendan.  (baca seterusnya di  http://kotalima.blogspot.com/2014/01/mahkamah-itu-apa-ajarkan-saya-tentang.html ) 

Beneficial Owner

Image
(With due respect, I am only sharing this case scenario for sharing and lesson to other, may all of us be very careful in future dealings) The words beneficial owner often used in legal dispute, it means ownership on something (most case of immovable property e.g. house, land etc) even your name is not registered under the ownership document.  Recently, I encounter one case where an owner of a premise (landlord) rents her house to a lady (tenant) some 3 years ago. All the while it was going smooth until recently the tenant start to refuse to pay her monthly rent. The initial tenancy term (although not having any written agreement) was agreed between parties was; since the tenant requested a very low rent and giving some personal problem excuses, the landlord agrees to rent out only at the rate of her monthly instalment to her financial institution. For that the tenant was requested to pay directly to a bank account (the loan bank account). That arrangement for me is

Cessation of practise

Hi all, I would like to inform all my reader that I no longer practise as lawyer now however I would try my very best to continue this blog to help the public. I am now more into business and consulting service. Thanks all, for your strong support till now. I really appreciate it!