Posts

Showing posts with the label working paper

Kertas Cadangan Memakmurkan Masjid: Klinik Undang-Undang

Salam, Nota: Pada awal bulan ini (Julai 2008) saya telah membuat satu kertas cadangan untuk memakmurkan masjid dan kertas cadangan tersebut telah pun dihantar kepada Pengarah JAWI melalui seorang kenalan rapat. Saya berharap kertas cadangan tersebut boleh diterimapakai dan seterusnya diimplimentasi secepat mungkin. Saya tidak mempunyai masalah berkongsi dengan umum kertas cadangan tersebut maka oleh itu saya poskan di sini kandungan kertas tersebut. Para peguam Muslim, Jabatan-Jabatan Agama Islam Negeri atau mana-mana pihak berkenaan yang mempunyai kuasa atau pengaruh diseluruh Malaysia bebas menggunapakai, menambahbaik kertas cadangan dibawah ini dan seterusnya mengimplimentasinya demi kebaikan bersama umat Islam di dalam Malaysia. Saya sedia membantu untuk memberi maklumat lebih lanjut atau membuat apa-apa presentasi jika perlu. Cuma satu permintaan saya ialah janganlah hendaknya kertas ini digunakan untuk kepentingan peribadi. Pendahuluan Kertas cadangan ini dibuat dan disediakan ol...