Jemputan untuk Review Ebook
salam semua,
Alhamdulillah saya telah berjaya menyiapkan deraf pertama ebook saya bertajuk: "Bolehkah anda bertindak sendiri tanpa peguam?"
Oleh kerana ini adalah deraf dan saya masih belum muatnaik ke internet, saya menjemput mana-mana pembaca setia blog ini untuk membaca, komen dan kritik ebook tersebut supaya saya boleh tambahbaik.
Saya hanya akan memberikan kepada 50 orang sahaja dengan syarat-syarat di bawah:-

- deraf ebook ini adalah percuma;
- ebook tersebut hanya untuk bacaan peribadi penama yang telah saya berikan sahaja;
- tujuan pemberian ebook hanyalah untuk review, ulasan, komen, kritikan membina, komen dan cadangan bagi tujuan penambahbaikkan;
- tidak boleh dimuatnaik ke internet tanpa persetujuan bertulis saya;
- tidak boleh membuat salinan atau hebahan atau diberikan kepada mana-mana pihak atau umum tanpa kebenaran bertulis saya;
- tidak boleh menjualnya tanpa kebenaran bertulis saya;
- anda faham bahawa ebook tersebut adalah deraf semata-mata dan saya mungkin akan mengubahnya kemudian jika difikirkan perlu;
- lain-lain perkara yang tidak patut :)
Baiklah sesiapa yang berminat sila tinggalkan email anda diruangan komen, insyaAllah saya akan emel kepada anda. Saya akan maklumkan jika jumlah 50 org sudah mencukupi.
Selamat membaca!
Comments
Post a Comment