Hampir RM200 juta setahun untuk dadah 'halal' percuma?

Salam,

Post kali ini sengaja saya buat di dalam bahasa melayu kerana ianya sangat-sangat penting bagi kaum melayu khasnya dan penduduk Malaysian amnya. Namun begitu saya tidak berniat membangkitkan apa-apa isu perkauman cuma tulisan kali ditujukan khas ke atas kelompok majoriti permasalahan ini. Non-Malay speaking guys, I am so sorry. However if you wish to have this post translated please email me.

Pengenalan Perbincangan

Topik kali ini lebih memperbincangkan tentang isu sosial daripada perundangan. Saya akan menyalurkan pendapat saya tentang program dadah gantian bernama 'methadone' yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia sekarang dengan perbelanjaan hampir RM 200 juta setahun. Saya juga akan memberi pendapat saya yang mana saya secara peribadi membantah perlaksanaan program ini dari segi sumber maklumat kajian saintifik, aspek social, keberkesanaannya dan kos perlaksanaannya.

Program tersebut iailah: 'penukaran jarum suntikan dan methadone kepada penagih dadah'

secara ringkas, jika anda seorang penagih dan mempunyai jarum suntikan anda boleh mendapatkan bekalan methadone dan jarum suntikan baru secara percuma dengan nukarkannya kepada pihak kerajaan. Disamping itu juga methadone ini boleh dibeli di klinik-klinik yang dilantik asalkan anda mempunyai 'kad khas'.

Mungkin di dalam kesempatan yang lain saya cuba membincangkan teknik pengawalan dadah terbaru yang dinamakan 'implant naltrexone' yang didakwa lebih baik daripada kaedah penggunaan methadone.

Latarbelakang Penggunaan Methadone di Malaysia

Methadone is ialah sejenis dadah sintetik yang diperkenalkan bagi membendung masalah ketagihan dadah di Malaysia, ianya diperkenalkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia disebalik bantahan banyak termasuklah institusi fatwa dan beberapa orang menteri kabinet.

Penagih Dadah di Malaysia

Kita bersyukur sejak dari dahulu lagi kerajaan Malaysia sangat-sangat perihatin dengan permasalahan ini dan sentiasa mencari jalan membendung gejala ini. Saya secara peribadi amat memuji kerajaan kita yang mana pada pendapat saya kita adalah di antara sidikit negara yang memperuntukkan hukuman mati atau hukuman berat ke atas pengedar dadah. Bagi penagih pula kerajaan sanggup membelanjakan berjuta-juta ringgit bagi memastikan masalah ini dapat dikawal. Namun kali ini kerajaan telah tersilap dalam memilih jalan atau methodology membendung gejala penagihan dadah.

Mengikut perangkaan jumlah penagih dadah yang didaftarkan di Malaysia sejak tahun 1986 sehingga kini adalah 300, 000-00 orang, suatu jumlah yang amat besar. dan jumlah pesakit HIV pula sebanyak 78, 784 orang dari 1986 sehingga Jun 2007 manakala pesakit AIDS pula seramai 13, 121 orang bagi tempoh yang sama. Anda boleh bayangkan berapa ramai daripada jumlah tersebut kaum Melayu dan beragama Islam?

Saya tidak menyatakan keseluruhan pesakit AIDS dan pembawa HIV tersebut daripada golongan penagih tersebut, saya betul jumlah pesakit-pesakit ini tidak menentu dan ada masanya ianya turun dibawah jumlah atau perangkaan.

Berbalik kepada dadah methadone di atas, program yang dilaksanakan oleh kerajaan bagi penagih adalah penukaran jarum suntikan dengan dadah metahdone. Bagi saya program ini tidak sesuai dan saya bersetuju dengan suatu memorandum bantahan yang telah dikeluarkan oleh pihak Pengasih serta NGO lain kepada kerajaan terhadap perlaksaan program pertukaran jarum suntikan dan methadone kepada penagih dadah, antara alasan mereka adalah;

  1. pada dasarnya program ini direka untuk mengurangkan jangkitan virus HIV dikalangan penagih dadah, namun saya percaya kerajaan telah terlepas pandang tentang nasib penagih itu sendiri, ini kerana penagih akan terus bergelumang dalam masalah penagihan dan methadone yang diberi akan menggiatkan lagi aktiviti penagihan. Pendapat saya: kali ini bekalan dadah lebih mudah dan secara sah boleh diperolehi. Hanya apabila mempunyai satu kad 'kuasa' menggunakan dadah ini di atas alasan perubatan. Tiada pihak termasuk polis atau Agensi Anti Dadah Kebangsaan boleh menafikan hak penagih mendapat bekalan dan menggunakannya.
  2. Hanya dengan perlaksaan program penukaran ini per se, ianya tidak boleh menjamin pengurangan jangkitan HIV. Ianya terbabit secara kuat dengan masalah sikap, perangai dan tingkahlaku penagih yang masih di dalam penagihan tidak akan pernah berubah. Bagi pengasih, mereka ini tidak akan memperdulikan kesan-kesan sampingan yang terpaksa mereka tanggung. Saya akan membincangkan secara terperinci kesan-kesan sampingan tersebut. Di dalam senario seorang penagih yang sedang mengalami masalah 'gian' yang melampau mereka ini tidak akan memperdulikan apa-apa kecuali cara melepaskan gian samada jarum yang digunakan bersih atau tidak pernah diambil peduli. dan jika alasan pengawal HIV adalah sebab utama program ini diperkenalkan, bukan seks rambang dan dengan pelacur atau gay juga mencapai sebab utama penularan bukannya hanya daripada jarum suntikan.
  3. Program ini tidak dapat menbendung masalah social yang lain, secara ringkas andainya program ini sangat berjaya dan kini penagih-penagih mempunyai jarum suntikan sendiri, mereka masih didalam penagihan samada menggunakan methadone atau pun jenis lain seperti heroin pil kuda dan mofin, maka mereka ini masih memerlukan sumber kewangan untuk mendapatkan bekalan, bukankah ini akan membawa kepada gejala mencuri, pecah rumah, saman bersenjata dan sebagainya.
  4. Peihak NGO percaya bahawa program dilakasanakan di Malaysia secara tergesa-gesa dengan hanya menumpukan kepada satu aspek iaitu penularan HIV. Besar kemungkinan program ini mempunyai kepentingan perniagaan kepada orang yang membekalkan jarum suntikan tersebut. Syarikat pembekal melalui program ini dapat mengaut keuntungan yang banyak di atas kesengsaraan penagih dadah.
  5. Kita percaya program ini tidak bersesuaian denga nilai murni masyarakat Malaysia dan Melayu khusnya, bayangkan penduduk kampung atau bandar yang dahulunya jarang-jarang dapat melihat jarum suntikan, kini boleh dilihat bahkan oleh anak-anak kecil akibat daripada sikap penagih yang pengotor dan tidak memperdulikan kebersihan apabila membuang jarum-jarum percuma ini merata-rata. Lebih merbahaya lagi apabila jarum yang mungkin mempunyai virus HIV ini dipungut oleh anak-anak kecil dengan sifat ingin tahu atau sekadar bermain, akan terdedah kepada risiko jangkitan yang tinggi jika terluka dan sebagainya.
  6. Hasil daripada pemantauan pihak NGO dan maklumat orang awam, perlaksanaan program ini tidak mengikut prosidur yang ditetapkan di dalam kertas kerja yang diluluskan oleh kerajaan, sebagai contoh; sukarelawan yang ditugaskan untuk mengagihkan jarum suntikan ini tidak terus bertemu dengan penagih jalanan dan tidak mengutip kembali jarum yang telah digunakan. Sukarelawan ini akan hanya memnerikan jarum suntikan kepada ketua penagih 'tokan' dan ketua inilah ayang akan mengagihkan jarum kepada penagih lain. Besar kemungkinan ketua penagih ini menyalahgunakan progra ini dengan menjual semula jarum suntikan tersebut kepada penagih.
  7. Yang menarik, kos perlaksanaan program ini diawal perlaksanaannya adalah sebanyak RM135 juta setahun dan kini saya percaya sudah hampir RM200juta setahun. Kos ini terlalu tinggi dan membebankan rakyat jelata. Saya secara peribadi tidak mengatakan bahawa kita harus memotong terus peruntukan ini dan meminggirkan golongan penagih ini tetapi jika program-program lain yang lebih sesuai dan murah dilaksanakan dengan lebih berkesan kos ini dapat dijimatkan. Di masa rakyat sedang dibebankan dengan pelbagai kos yang sedang meingkat samada harga minyak maupun bahan keperluan harian, saya peracaya kerajaan wajib menimbangkan semula program ini.
  8. Satu lagi fakta menarik tentang program ini ialah, jarum suntikan dan methadone kini dibekalkan secara percuma di pusat serenti dan penjara diseluruh Malaysia, untuk permulaan Penjara di Pengkalan Chepa sudahpun menerima 'bekalan' mereka. Suatu yang menarik bagi syarikat pembekal kerana mempunyai pelangan tetap dan berterusan. Penagih-penagih ini yang telah ditahan dipusat serenti atau penjara tidak sepatutnya dibekalkan dengan jarum dan methadone, saya percaya pusat-pusat tahan ini mapu mengubah tabiat buruk mereka dan inilah peluang terbaik untuk mereka bertaubat. Namun dengan bekalan ini seolah-olah mereka secara harus diminta terus menagih dan dinafikan hak mereka untuk berhenti seterusnya menjalankan kehidupan seperti orang lain yang sihat.
  9. Bayangkan setelah mereka ini keluar kelak, mereka masih lagi ketagihan methadone (saya akan terangkan kesan ketagihan methadone selepas ini) dan tempoh tahanan tidak membawa apa-apa erti kepada mereka.
  10. Dalam masa yang sama, bayangkan apa akan terjadi jika 'bekalan' tidak mencukupi di dalam pusat tahanan ini akan membawa kepada kebarangkalian untuk berlakunya rusuhan dan gejala tidak sihat didalam penjara atau pusat tahanan itu sendiri seperti yang mana lebih kuat akan membuli tahanan lebih lemah. Berdasarkan kepada sejarah hanya kerana tidak mendapat ikan kering berlaku rusuhan besar-besaran didalam pusat tahanan inikan pula dadah methadone yang boleh menyebabkan seseorang khayal.
  11. Secara umumnya dan logiknya semua orang sedia maklum bahawa sifat penagih dadah ini begitu kreatif dan lick tidak mustahil methadone ini disalahgunakan dengan mencampurkan methadone dengan pil kuda, dormicum, eremin 5 dan subuxon untuk mendapatkan kesan khayal yang lebih tinggi.
(bersambung...)

Comments

  1. honestly, program ini tidak berguna langsung bagi orang kebanyakan. hanya seorang penagih methadone sudah cukup untuk membebankan keluarga mereka. bayangkan pula berapa ramai penagih methadone ni. polis pun tidak dpt buat apa-apa. Kerajaan tak fikir ke apa nasib orang kebanyakan. kalau orang kaya, senang la sikit. kalau orang miskin, dan penagih methadone itu pula selalu minta duit dari ibu bapa? kalau tidak diberi, mengamuk, hayun parang sana sini. dan bile lapor pada polis, tiada apa-apa dapat dibuat. kerajaan perlu fikir balik apa yang bagus untuk rakyat.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Small Claim Court: Do-It-Yourself (DIY)

Non Muslim Divorce Proceeding-brief email question & answer

Hire Purchase: Car Repossessed?