Email Question: Projek Perumahan Terbengkalai dan Pinjaman Bank

Hi,

I received this email today:-


'Terima kasih atas undangan saudara.
Adakah kita akan bincang di group ini atau perlu masuk ke
legal-malaysia. blogspot untuk membicarakannya ?

Sebab saya ingin minta pandangan tentang isu perumahan dimana perjanjian
telah dibuat, bank telah keluarkan duit tetapi tiada apa-apa yang
dilakukan oleh pemaju.'

and bellow is my brief answer to the sender:-


'salam,

Saya telah menerangkan secara terperinci isu rumah terbengkalai di dalam blog saya tetapi tidak menyentuh soalan saudara tentang pinjaman perumahan.

Pada dasarnya pinjaman perumahan adalah di antara pihak sauadara dan bank, dan perlu dipatuhi tempoh mula bayaran ansurannya, terdapat berbagai perbezaan di antara sesebuah bank, misalnya bank rakyat dan bank islam mungkin mengenakan bayaran ansuran di bawah ibrar (diskaun) selama 2 tahun atau sebagainya.

Walau apapun bayaran tetap perlu dijelaskan mengikut perjanjian pinjaman walaupun dalam kes rumah terbengakai. Adalah tidak adil dan membebankan, saya setuju jika itu yang saudara fikirkan.

Namun harus ingat bank tidak sepatutnya mengeluarkan apa-apa bayaran kepada pihak pemaju melainkan jika pemaju mengemukakan tuntutan bayaran berperingkat dengan pengesahan tahap siap kerja. Sila lihat di jadual pembayaran di belakang perjanjian jual beli saudara. Maka oleh itu, jika saudara katakan tiada apapun yang telah dibuat, mana mungkin bank melepaskan bayaran berperingkat melainkan ada unsur penipuan. sekian.

Comments

Popular posts from this blog

Small Claim Court: Do-It-Yourself (DIY)

Non Muslim Divorce Proceeding-brief email question & answer

Hire Purchase: Car Repossessed?