Posts

Showing posts from May, 2014

Jemputan untuk Review Ebook

salam semua, Alhamdulillah saya telah berjaya menyiapkan deraf pertama ebook saya bertajuk: "Bolehkah anda bertindak sendiri tanpa peguam?" Oleh kerana ini adalah deraf dan saya masih belum muatnaik ke internet, saya menjemput mana-mana pembaca setia blog ini untuk membaca, komen dan kritik ebook tersebut supaya saya boleh tambahbaik. Saya hanya akan memberikan kepada 50 orang sahaja dengan syarat-syarat di bawah:- deraf ebook ini adalah percuma; ebook tersebut hanya untuk bacaan peribadi penama yang telah saya berikan sahaja; tujuan pemberian ebook hanyalah untuk review, ulasan, komen, kritikan membina, komen dan cadangan bagi tujuan penambahbaikkan; tidak boleh dimuatnaik ke internet tanpa persetujuan bertulis saya; tidak boleh membuat salinan atau hebahan atau diberikan kepada mana-mana pihak atau umum tanpa kebenaran bertulis saya; tidak boleh menjualnya tanpa kebenaran bertulis saya; anda faham bahawa ebook tersebut adalah deraf semata-mata dan saya mungk...

Bolehkah anda bertindak sendiri tanpa peguam?

Saya dalam proses menyiapkan sebuah ebook berkenaan tajuk di atas. Saya harap saya boleh segera menyiapkannya sementara ada masa ini. Antara tajuk cadandan yang dibincangkan di dalam ebook tersebut adalah:- Apa yang anda perlu tahu? Hak untuk didengar di dalam mahkamah Keadaan dimana anda boleh dan tidak boleh bertindak sendiri Memahami dan menyediakan kes Cara peguam dan mahkamah berfikir Apa yang anda perlu lakukan sebelum memulakan tindakan Notis Tuntutan Contoh notis tuntutan Tempoh dan had masa mengambil tindakan Dimana saya perlu bawa kes saya? Memindahkan kes dari satu mahkamah ke mahkamah yang lain Prosidur ringkas mahkamah Melakukan kesilapan prosidur Adab di dalam mahkamah Kenali siapa hakim anda Kenali siapa lawan anda Kenalpasti isu kes anda Kenalpasti kekuatan hujah anda Cari sokongan hujah anda Dimana boleh saya dapatkan bahan rujukan untuk kes saya? Cuba fikirkan kelemahan isu dan hujah anda Kenalpasti isu dan hujah lawan anda...