Peguam mati selepas dipaksa minum sebotol cecair

Sumber: Utusan Malaysia Online 29/07/2009 7:10pm


 

BUTTERWORTH 29 Julai - Seorang peguam mati selepas dipaksa minum sejenis cecair oleh sekumpulan lelaki di sebuah kuil di Jalan Perai Baru di sini, Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, ACP Dr. Mohd. Shah Hussin Shah berkata, kejadian berlaku pada kira-kira pukul 11 pagi semasa R. Thinakaran, 37, hendak meletak kenderaannya untuk bersembahyang di sebuah kuil di jalan itu.

Beliau berkata, empat lelaki tiba-tiba muncul dan terus menyerbu masuk ke dalam kereta Thinakaran dan memaksa peguam itu meminum satu botol cecair, sebelum melarikan diri.

Katanya, Thinakaran kemudiannya terus bergegas ke Hospital Seberang Jaya untuk mendapatkan rawatan selepas muntah-muntah serta pening kepala, dan dia meninggal dunia di hospital berkenaan pada kira-kira pukul 11.40 malam.

Menurutnya, laporan bedah siasat semalam menunjukkan buah pinggang Thinakaran rosak akibat pengambilan cecair itu.

Mohd. Shah berkata, polis sudah menahan seorang rakan Thinakaran bagi membantu siasatan, dan kes sedang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - Bernama

Comment: Now lawyers need protection! lol

Comments

  1. Hi, i just want to ask is there any differences between a normal formal letter and a claim letter to the court? what's the difference? can you please show a sample of it? Thank you!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Small Claim Court: Do-It-Yourself (DIY)

Non Muslim Divorce Proceeding-brief email question & answer

Temporary Occupation of Land