LawAsia pemerhati kes hasutan Karpal

Source: Utusan Malaysia Online

KUALA LUMPUR 27 Julai - Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan wakil Persatuan Undang-Undang Bagi Rantau Asia Pasifik (LawAsia) bertindak sebagai peguam pemerhati dalam perbicaraan terhadap Pengerusi DAP, Karpal Singh yang didakwa menyebut kata- kata hasutan membabitkan Sultan Perak.

Pesuruhjaya Kehakiman, Azman Abdullah bagaimanapun berkata, terma dan syarat bagi kebenaran tersebut akan dimaklumkan kepada LawAsia apabila perbicaraan berjalan kelak.

Beliau juga mengarahkan LawAsia menulis secara rasmi kepada mahkamah dan salinan surat berkenaan dihantar kepada pejabat pendakwa raya, peguam bela dan Majlis Peguam.

Azman memutuskan demikian semasa sebutan berhubung permohonan bekas hakim Mahkamah Tinggi dari Australia, Jeffery Allan Miles yang berhasrat menjadi peguam pemerhati dalam kes itu mewakili LawAsia.

LawAsia merupakan organisasi antarabangsa melibatkan persatuan peguam, peguam, hakim, ahli akademik undang-undang dan pihak-pihak yang berminat serta prihatin terhadap profesion perundangan di rantau Asia Pasifik.

Comments

Popular posts from this blog

Small Claim Court: Do-It-Yourself (DIY)

Non Muslim Divorce Proceeding-brief email question & answer

Temporary Occupation of Land