New Court Rules 2012


Starting 1 August 2012, all Magistrate Courts, Sessions Courts and High Courts will be using single Court Rules replacing Subordinate Courts Rules and High Court Rules.
This combine Court Rules is more simple and to unify standard procedure of both courts. I personally welcome the rules. 



Pejabat Ketua Hakim Negara
Mahkamah Persekutuan Malaysia
Istana Kehakiman
Putrajaya

Siaran Akhbar 
Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012

Adalah dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Kaedah-Kaedah yang ditubuhkan di bawah seksyen 17 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 dan seksyen 3 Akta Kaedah Mahkamah Rendah 1955 yang terdiri daripada wakil Badan Kehakiman, Jabatan Peguam Negara, Majlis Peguam, Persatuan Peguam Sarawak, Persatuan Undang-Undang Sabah dan dipengerusikan oleh YAA Ketua Hakim Negara telah memperkenalkan Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 (Rules of Court 2012)bagi menggantikan Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980 (Rules of the High Court 1980) dan juga Kaedah-Kaedah Mahkamah Rendah 1980 (Subordinate Courts Rules 1980). Kaedah Mahkamah baru menggabungkan Kaedah-Kaedah yang terpakai bagi kes sivil di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rendah.

Tujuan Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 ini dibuat adalah untuk memudahkan dan menyeragamkan prosedur sivil di Mahkamah serta meningkatkan mutu penyampaian sistem keadilan di Malaysia. Diantara ciri-ciri baru yang dibuat ialah;

i) prosidur sivil di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rendah diseragamkan dan dipermudahkan. 
ii)  untuk pertama kalinya, teks sahih bagi kaedah-kaedah ini dibuat dalam Bahasa Malaysia.
iii) cara memulakan kes di Mahkamah telah dipermudahkan daripada 4 cara kepada hanya 2 cara iaitu melalui writ saman (writ of summons) atau saman pemula (originating summons) sahaja.
iv) permohonan interlokutori di kedua-dua Mahkamah diseragamkan dengan hanya menggunakan notis permohonan dan tidak lagi saman dalam kamar (summons in chambers)

Jawatankuasa Kaedah-kaedah dan Jawatankuasa kecil Kaedah-Kaedah yang ditubuhkan ini telah bersidang sebanyak 15 kali semenjak tahun 2009 bagi menyediakan dan memuktamadkan draf akhir Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012. Akhirnya, Kaedah-Kaedah Mahkamah tersebut telah diluluskan oleh kedua-dua Jawatankuasa Kaedah-Kaedah Mahkamah  pada 26 Jun 2012 dan akan dikuatkuasakan mulai 1 Ogos 2012 . 

Para pengamal undang-undang dan orang ramai boleh mendapatkan salinan Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 di laman web www.federalgazette.agc.gov.mywww.kehakiman.gov.my atauwww.malaysianbar.org.my.

Disediakan oleh:
Che Wan Zaidi bin Che Wan Ibrahim
Pegawai Khas I kepada
YAA Ketua Hakim Negara

Comments

Popular posts from this blog

Small Claim Court: Do-It-Yourself (DIY)

Non Muslim Divorce Proceeding-brief email question & answer

Temporary Occupation of Land