Salam, En Kamarul Irzuan. Saya ingin mendapatkan bantuan tentang maklumat undang-undang tetapi untuk kes mahkamah syariah. Harap En Kamarul sudi memberi jawapan yang diperlukan. 1. Bagaimanakah cara untuk failkan tuntutan nafkah tertunggak di mahkamah? Kena isi semula borang seperti tuntutan perceraian ke? Kena fail di mahkamah rendah atau mahkamah tinggi? kalau jumlah tuntutan hanyalah jumlah yang kecil, layak ke tuntut? 2. Kalau dalam keputusan perceraian tidak dinyatakan tentang nafkah edah dan mutaah, (hakim tidak menyebut tentang nafkah ketika buat keputusan) adakah bekas suami tidak perlu membayar nafkah tersebut kepada bekas isteri? Kalau bekas isteri nak failkan tuntutan, adakah dia layak? 3. Kadar bayaran untuk khidmat peguam syariah, anggarannya berapa untuk kes tuntutan nafkah? Adakah lebih mudah untuk menggunakan peguam daripada buat tuntutan sendiri? Saya kurang arif dengan prosedur di mahkamah syariah, cuba dapatkan maklumat daripada internet tetapi agak sukar untuk dapat...