sambungan-Hampir RM200 juta setahun untuk dadah 'halal' percuma?
(sambungan alasan bantahan program tukaran jarum suntikan dan methadone oleh Jawatankuasa perhubungan Pengasih Negeri Kelantan) Daripada mata kasar pemulihan penagihan dadah di pusat serenti dan penjara tidak berjaya. Ini bermakna sistem dan keadah pemulihan dadah yang dijalankan oleh pusat serenti tidak berkesan. Adalah lebih baik jika kos perlaksanaan program yang kini dipercayai hampir RM200juta setahun itu digunakan untuk melatih pegawai pusat serenti dan membuat kajian tentang kaedah yang lebih berkesan untuk memulihkan penagih dadah ini. Bukannya mengambil jalan pintas dengan memberi methadone untuk rawatan pemulihan dadah dan memberi jarum suntikan untuk mencegah jangkitan HIV. Kaedah rawatan pusat serenti perlu diperbaiki dan diperkemaskan lagi. Apakah dengan memberi jarum suntikan percuma dan dadah methadone dibuat kerana jika gagal sekalipun program ini, jumlah penagih akan tetap berkurangan dengan kurangnya jumlah penagih yang telah meninggal dunia? Janganlah hendaknya progr...