Lanjutan tulisan terdahulu berkenaan program penukaran jarum suntikan, kondom dan methadone.
Salam sejahtera, Pada tulisan yang lepas saya telah menyatakan berhubung isu program penukaran jarum suntikan dan kondom serta dadah gantian methadone. Kali ini saya menulis untuk mengentuh beberapa isu lain seperti hak penagih dadah, self-sufficiency, kepertanggungjawaban seorang penagih dadah dan peranan keluarga. Sebagai pembukaan saya berikan kata-kata ini yang diberi kepada saya oleh seseorang; ' all behavior is avoidable behavior, except act of God' . Tiada sesiapa pun yang memaksa sesorang itu untuk menagih melainkan beliau sendiri atas nama apa sahaja alasannya untuk mula mengambil dadah dan terus menagih. Mereka ini saya anggap sebagai ' negative risk taking behaviour'. Maka apa sahaja usaha, kajian atau tindakan yang telah, sedang atau bakal diambil tidak akan dapat merubah seorang penagih dadah supaya berhenti melainkan beliau sendiri berhasrat berbuat demikian (samada dengan bantuan elemen luar atau tidak). Pada dasarnya bila kita berbicara tentang...