Posts

Showing posts with the label KPKT

Jawapan: Rumah dibina tidak mengikut plan

Image
salam, Terima kasih kepada yang bertanya dan terlebih dahulu saya memohon maaf kerana agak terlewat menjawab persoalan tersebut (yang saya telah poskan sebelum ini). Pada pos yang lepas, penyoal telah bertanya tentang rumah yang dibina tidak mengikut plan dan tindakan yang wajar diambil. Terlebih dahulu saya ingin bertanya tentang rumah tersebut, samada rumah tersebut dibawah skim perumahan ataupun dibawah kontrak binaan (design and build). Andaian yang saya buat bagi jawapan di sini adalah rumah di bawah skim perumahan. Soalan kedua yang perlu dijelaskan ialah jenis rumah tersebut samada rumah teres ataupun rumah sesebuah (banglow lot). Ini adalah kerana niat pembeli untuk meminta meroboh dan membina semula hanya menjadi praktikal untuk rumah sesebuah (tertakluk kepada jawapan saya seterusnya di bawah ini). Saudari, Dalam hal rumah yang dibina tidak mengikut plan, terlebih dahulu pembeli hendak mengetahui secara terperinci jenis defect ataupun perubahan plan yang dibuat samada ianya:-...