Analisis Senario Politik Terkini Daripada Kacamata Rakyat
Salam, Saya menulis hari ini bukan niat untuk menyokong mana-mana pihak atau parti politik. Tulisan ini hanya sekadar analisis jujur saya sebagai pengundi. Saya tidak mewakili mana-mana pihak, badan, persatuan, organisasi atau parti. Saya bukan juga seorang yang layak memberi analisis professional kerana saya tidak mempunyai latarbelakang sains politik atau yang berkaitan, hanya sekadar mahu berkongsi pendapat. Seperti biasa saya sentiasa mengalu-alukan pandangan pembaca lain. Apa yang saya jangakan sebelum pilihanraya umum lalu menjadi kenyataan: 1. Saya tidak mahu bercakap mengenai isu-isu yang sedang hangat semasa pilihanraya tersebut, cuma apa yang saya jangkakan keputusannya yang bakal berlaku daripada penelitian saya sendiri ketika itu. 2. Tempoh berkempen pilihanraya yang agak lama membolehkan saya menyedari respons atau ‘hint’ dari setiap orang yang saya jumpa semasa sedang menjalankan pertemuan-pertemuan social dan business dengan klien-klien saya di sekitar Kuala Lumpur dan l...